(Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 3 JAN: Kerajaan Selangor akan mengadakan seminar
bersama badan pemantau bebas kewangan antarabangsa, Global Financial
Integrity (GFI) berkaitan masalah RM200 bilion aliran keluar wang haram
di negara ini.
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bank
Negara Malaysia (BNM) juga dipelawa menghadiri seminar pada 17 Januari
ini.
“Kita akan tulis (surat) kepada Gabenor BNM hari ini. Kita mahu GFI
terangkan perincian bagaimana jumlah (hutang negara). Kita juga panggil
pihak lain yang berkaitan. Kita minta tarikh dengan GFI dan mereka
setuju (untuk datang),” katanya pada sidang media di ibu pejabat
KEADILAN, hari ini.
Ketua Umum KEADILAN itu pada 20 Disember 2012 mendedahkan, aliran
wang haram dari Malaysia meningkat 111 peratus dari USD 30.41 bilion
(bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada USD64.38 bilion (bersamaan
RM199.58 bilion) pada 2010.
Pada 2000, ia berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) dan lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).
GFI menggariskan tiga aspek utama mempengaruhi aliran wang haram
sesebuah negara iaitu isu makroekonomi bersabit rapat persepsi rasuah
dan berleluasa rasuah.
Faktor lain ialah saiz ekonomi haram dari kegiatan kongsi gelap,
perjudian tanpa lesen dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah akibat
tiada tatakelola pentadbiran ekonomi yang baik.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pula berkata, seminar akan menghimpunkan pakar ekonomi dan pembuat dasar.
“Kita jemput BNM dan GFI bentang kertas kerja. Ini kerana aliran wang
haram sesuatu yang baru berbanding konsep ekonomi tradisional. Ramai
tak faham, ini peluang mereka turut serta.
“Selangor ada kepentingan kerana negeri ini paling pelaburan dan
terkesan akibat aliran wang haram. Seminar dibuat secara terbuka,”
katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment