January 22, 2013
KUALA LUMPUR, 22 Jan — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
(Bersih 2.0) mencadangkan hari ini agar Suruhanjaya Di Raja (RCI)
ditubuhkan seperti di Sabah untuk menyiasat dakwaan penipuan pilihan
raya di seluruh Malaysia.
“Ya… kerana angka yang kita lihat semakin membesar disesetengah
tempat,” kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan
dalam sidang akhbar hari ini.
“Saya
sudah mencadangkan lebih awal sebenarnya untuk sebuah RCI tetapi
siasatan boleh dilakukan oleh mana-mana pihak berkuasa yang
bertanggungjawab.
“Tetapi sudah tentu kita mendapati bahawa apabila ada RCI, orang
lebih bersedia untuk tampil ke hadapan. Masalah kami untuk mendapatkan
keterangan mereka yang telah tersalah didaftarkan kerana mereka takut
untuk tampil ke hadapan.”
Beliau berkata dengan RCI, orang akan berasa lebih dilindungi dan lebih bersedia untuk memberi keterangan.
“Jadi sebab itu, RCI akan menjadi lebih baik,” katanya.
"Kami dengan ini mendesak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan kerajaan
untuk memulakan penyiasatan sama ada ‘Ops Durian Buruk' juga berlaku di
Sarawak dan Semenanjung Malaysia," tambahnya.
Ambiga juga berkata, SPR seharusnya membersihkan diri mereka dari
mereka yang dituduh memberikan kerakyatan, mengatakan yang terlibat
seharusnya "dipertanggungjawabkan".
Beliau mengulangi tuntutan Bersih 2.0 agar SPR membersihkan daftar pengundi.
Semasa sidang akhbar, Lee Wee Tak pembantu penyelidik Malaysian
Electoral Roll Analysis (MERAP) membentangkan beberapa penemuan mengenai
dakwaan daftar pemilih yang tidak bersih.
Kemudian, Ambiga telah ditanya jika dia berpendapat Sabah memerlukan
Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian selepas tamatnya siasatan
Suruhanjaya Di Raja (RCI).
"Saya menyokong penubuhan Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian.
"Tidak kira siapa menang pilihan raya, kita mesti mempunyai
Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian kerana kita adalah sebuah negara
dalam peralihan, Malaysia tidak sama seperti dahulu," kata Ambiga.TMI
No comments:
Post a Comment