(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 7 Jan: Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang naik
daripada RM500 kepada RM1,000 tidak relevan dengan keadaan ekonomi
negara dan hanya janji palsu BN menjelang pilihan raya, kata Ketua
Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.
Beliau mengulas kenaikan dan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan, penambahan jumlah itu akan
menjadi dasar kekal jika BN menang pada pilihan raya umum nanti.

“Ini
cara untuk ‘pancing’ undi rakyat. Hanya sekadar janji palsu kerajaan
kerana ia tidak relevan dan seimbang dengan keadaan ekonomi negara yang
semakin dibebani hutang,” katanya ketika dihubungi.
Rakyat tegas Aishah, memerlukan bantuan berterusan dan berharap
keadaan ekonomi bertambah baik untuk mengimbangi taraf hidup seharian.
“Maruah rakyat bukan terletak kepada sekeping vaucer wang tunai.
Mereka mahu kerajaan Umno kembalikan keadaan ekonomi yang seimbang
supaya tidak perlu lagi menanggung hutang seterusnya meningkatkan kos
sara hidup,” jelasnya.
Menurut Aishah, jika benar kerajaan telus menyalurkan bantuan kepada rakyat, ia sepatutnya tanpa bersyarat.
“Tidak perlu letakkan syarat sebelum atau selepas pilihan raya,
umpama ugutan. Kalau mahu wang (rakyat) mesti undi (BN). Jika tidak,
tiada bantuan,” katanya.
“Tanggungjawab utama Muhyiddin dan kerajaan sekarang adalah untuk
menjelaskan ke mana hilangnya wang yang diseleweng pemimpin Umno,
seperti yang didedah Pakatan Rakyat,” tambahnya.
“Rakyat makin bijak. Apa yang mereka mahu ialah penjelasan dan bukan
‘umpan murahan’ yang sedikitpun tidak akan mengembalikan kepercayaan
terhadap pemerintah sekarang,” kata Aishah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
penambahan tu patut ditambah pada pembahagian brim 2.0 ni bukan tahun2 depan atau bila depa menang.tu semua janji pilihanraya.
ReplyDelete