January 06, 2013
KUALA LUMPUR, 6 Jan – Seramai 385 warga asing ditahan dalam
Operasi Penjaja Warga Asing oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di
Jalan Pasar, Pudu dan Jalan Silang hari ini.
Timbalan
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Minhad Ahmad berkata dalam operasi
tiga jam bermula 11.30 pagi itu yang ditahan ialah 138 warga
Bangladesh, 117 warga Nepal, 105 warga Myanmar, 10 warga Indonesia, 10
warga India dan lima warga Pakistan.
“Kita telah membuat tangkapan secara rambang di kedua-dua lokasi
tersebut dan tempat tersebut menjadi tempat tumpuan mereka berkumpul dan
juga pusat menjual barangan di gerai-gerai tanpa lesen,” katanya dalam
sidang media selepas operasi tersebut di Bilik Gerakan Jabatan
Penguatkuasaan DBKL di sini, hari ini.
Beliau berkata kesemua warga asing yang telah ditahan itu akan
diserahkan kepada pihak Imigresen untuk disaring semula dan tindakan
akan diambil kepada mereka yang tidak mempunyai permit pekerjaan yang
sah.
“Operasi hari ini sebenarnya kita tumpukan pada premis penjaja tanpa lesen serta pemantauan warga asing,” katanya.
Operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Polis
Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara itu melibatkan 120
anggota penguat kuasa. – Bernama
No comments:
Post a Comment