January 18, 2013
KUALA
LUMPUR, 18 Jan — Usahawan karpet Deepak Jaikishan hari ini memberitahu
menerima arahan supaya hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia di Putrajaya (SPRM) bagi memberikan keterangan melibatkan
Pengakuan Bersumpah (SD) kedua oleh P Balasubramaniam berkenaan dengan
pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Deepak (gambar) memberitahu kepada The Malaysian Insider
dalam satu pesanan khidmat ringkas (sms) akan menyerahkan kesemua bukti
secara bertulis kepada SPRM apabila bertemu dengan mereka petang ini.
“Ya,
SPRM panggil saya berhubung dengan SD kedua Bala,” kata Deepak dalam
mesejnya. “Saya akan dedahkan semuanya secara bertulis kepada SPRM hari
ini.”
Misteri identiti peguam tersebut timbul sejak SD kedua oleh Bala, ia
bertarikh sehari selepas yang pertama pada 3 Julai 2008 melibatkan
pembunuhan Altantunya hingga menyebabkan dua anggota elit komando polis
telah didakwa dan menghadapi hukuman mati.
Dalam sidang medianya selepas itu, Balasubramaniam, ditemani oleh
peguam M. Arulampalam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan
mengatakan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.
Beliau kemudian membuat akuan bersumpah kedua, yang kemudiannya
didakwa beliau pada 2008 dilakukan oleh peguam lain tanpa
persetujuannya.
Isu pembunuhan Altantunya dan SD Bala ini kembali mendapat perhatian
umum selepas Deepak baru-baru ini mengakui beliau terlibat dalam
mempengaruhi SD kedua Balasubramaniam.
Beliau juga telah mendedahkan penglibatan seorang “Tan Sri” dalam SD
tersebut dan kemudiaannya peguam senior Datuk Zaid Ibrahim juga membuat
kenyataan susulan bahawa individu tersebut memegang kedudukan dalam
panel Suruhanjaya SPRM. TMI
No comments:
Post a Comment