| Harakahdaily, | 11 Jan 2013 |

KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan, Deepak Jaikishan hari
ini berjanji akan mendedah semua salahlaku yang dibuat pemimpin negara
ini jika diberikan jaminan oleh Pakatan Rakyat tidak akan diambil
tindakan ke atasnya.
(Deepak ketika bercakap kepada Harakahdaily lewat petang hari ini)
Beliau bersedia menjadi saksi negara dan rakyat (State Witnes)
terhadap kesemua kebejatan negara yang berlaku khasnya yang melibatkan
Perdana Menteri dan keluarganya.
"Saya memohon kepada bakal Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang negara yang akan datang untuk tidak mengambil tindakan ke atas saya ekoran pendedahan yang saya buat.
"Jika ini boleh diberikan, saya sedia untuk membuat pendedahan sepenuhnya dan bersama-sama dengan perhimpunan rakyat esok," katanya.
Beliau membuat jaminan ini dalam temubual dengan Harakahdaily hari ini.
Deepak sedikit terganggu dengan beberapa kenyataan akhbar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli seolah-olah mahu tindakan diambil ke atas beliau bukannya ke atas pendedahan yang beliau buat.
"Saya adalah whistle blowwer macam Rafizi. Saya mahukan perlindungan jika mahu meneruskan pendedahan ini," kata beliau yang mempunyai pelbagai jenis penyelewengan kerajaan yang ada.
Deepak mendedahkan pelbagai ugutan dan amaran yang beliau terima sejak pendedahan yang beliau buat mengenai keluarga Perdana Menteri.
Antaranya dari syarikat guaman adik Perdana Menteri yang bertindak bagi sebuah bank, mahu menutup syarikatnya."Saya memohon kepada bakal Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang negara yang akan datang untuk tidak mengambil tindakan ke atas saya ekoran pendedahan yang saya buat.
"Jika ini boleh diberikan, saya sedia untuk membuat pendedahan sepenuhnya dan bersama-sama dengan perhimpunan rakyat esok," katanya.
Beliau membuat jaminan ini dalam temubual dengan Harakahdaily hari ini.
Deepak sedikit terganggu dengan beberapa kenyataan akhbar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli seolah-olah mahu tindakan diambil ke atas beliau bukannya ke atas pendedahan yang beliau buat.
"Saya adalah whistle blowwer macam Rafizi. Saya mahukan perlindungan jika mahu meneruskan pendedahan ini," kata beliau yang mempunyai pelbagai jenis penyelewengan kerajaan yang ada.
Deepak mendedahkan pelbagai ugutan dan amaran yang beliau terima sejak pendedahan yang beliau buat mengenai keluarga Perdana Menteri.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga menghantar surat siasatan cukai pendapatan yang kononnya beliau tidak membayarnya.
[LIHAT VIDEO]
No comments:
Post a Comment