5 Jan 2013 am@hmetro.com.my
GEORGETOWN: Tangisan seorang bayi berusia lima bulan yang tidak
henti-henti menangis kira-kira sejam selepas menerima satu suntikan
daripada sebuah klinik kesihatan di Jalan Perak di sini kelmarin,
menimbulkan keresahan kepada sepasang suami isteri sebelum menemui
sebatang jarum yang patah tertusuk dalam paha anak mereka itu.
Sebelum kejadian, Muhammad Danish Mohd Zahri, dibawa ibunya,
Norashilla Razak, 26, ke sebuah klinik kesihatan di Jalan Perak, dekat
sini, kira-kira jam 10.30 pagi untuk menerima suntikan rutin.
Selepas pulang ke rumah kira-kira jam 12 tengah hari, bayi sulung
pasangan itu tidak henti-henti menangis, sekali gus membimbangkannya.
“Saya hairan kerana anak menangis tak henti-henti hampir satu jam selepas pulang dari klinik. Saya beri susu dia tak mahu, malah pelbagai cara saya lakukan untuk menenangkannya namun tidak berjaya.
“Saya hairan kerana anak menangis tak henti-henti hampir satu jam selepas pulang dari klinik. Saya beri susu dia tak mahu, malah pelbagai cara saya lakukan untuk menenangkannya namun tidak berjaya.
“Saya juga menuam paha anak yang baru disuntik itu dan apabila membuka kapas yang dilekatkan di tempat suntikan itu, saya terkejut apabila mendapati ada jarum dalam paha anak. Saya segera menghubungi suami memaklumkan penemuan jarum berkenaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment