myMetro 11 Jan 2013
Oleh Salman Hamat dan Mohd Nur Hafidz Nordin
Johor Bahru: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera
selepas leher dan mukanya digigit anjing dipercayai jenis Rottweiler
peliharaan bapa saudaranya di rumah lelaki berkenaan di Taman Kulai
Utama, Kulaijaya, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa, Chok Thuan
Seng sebelum itu berada di tadika dikatakan mahu pulang ke rumah bapa
saudaranya yang terletak kira-kira 30 meter dari tadika berkenaan
sebelum anjing terbabit meluru ke arahnya.
Menyangka haiwan itu ingin bermain dengannya, Chok memegangnya. Tanpa diduga, anjing terbabit terus menggigit mangsa.
Chok tinggal di rumah bapa saudaranya itu sejak dua minggu lalu bagi memudahkannya berulang dari tadika berkenaan. Di situ, dia dijaga ibu saudaranya dan seorang pembantu rumah.
Chok tinggal di rumah bapa saudaranya itu sejak dua minggu lalu bagi memudahkannya berulang dari tadika berkenaan. Di situ, dia dijaga ibu saudaranya dan seorang pembantu rumah.
Akibat kejadian berkenaan, Chok menjalani pembedahan hampir lima jam bermula 11 malam kelmarin dan keluar dari dewan bedah pada jam 4 pagi, semalam.
No comments:
Post a Comment