NGO lapor ke Jawi bantah filem tamil hina Islam
| Muhammad Faizal, | 25 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan An-Nasr hari ini
membuat laporan di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubungan
dengan sebuah filem Tamil, Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana
didakwa menghina komuniti Islam.
Pengerusinya, Salim Hassan ketika dihubungi Harakhdaily mendakwa filem tersebut sudah pun dihalang penayangannya di beberapa negera seperti Singapura, Sri Lanka dan UEA namun ia terus ditayang di negara ini.
"Kita telah membuat satu laporan di JAWI pagi ini mengenai sebuah filem Tamil yang didakwa telah menghina komuniti Islam, perkara ini akan disiasat oleh pihak JAWI sebelum mereka mengambil tindakan.
"Walaupun beberapa negara telah pun menghalang penayangan filem tersebut, namun Malaysia masih lagi meneruskan tayangan di seluruh negara," jelasnya.
Beliau
mendakwa, filem tersebut telah mengambarkan bahawa umat Islam sebagai
penganas kerana ajaran yang ditunjukkan dalam Al-Quran.
Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem ini sehingga 28 Januari ini dan akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum membuat keputusan.
"Adalah amat memalukan apabila Malaysia dijadikan sandaran penerbit India apabila kes tersebut dibawa ke mahkamahdengan mempersoal kenapa Malaysia sebuah negara Islam pun membenarkan penayangan filem tersebut tetapi tidak di Sri Lanka (India)," katanya.
Sementara itu, bererapa NGO akan berkumpul di Dataran Merdeka pada jam 2.30 petang ini sebelum berarak ke Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi penyerahan memorandum.Harakahdaily
Pengerusinya, Salim Hassan ketika dihubungi Harakhdaily mendakwa filem tersebut sudah pun dihalang penayangannya di beberapa negera seperti Singapura, Sri Lanka dan UEA namun ia terus ditayang di negara ini.
"Kita telah membuat satu laporan di JAWI pagi ini mengenai sebuah filem Tamil yang didakwa telah menghina komuniti Islam, perkara ini akan disiasat oleh pihak JAWI sebelum mereka mengambil tindakan.
"Walaupun beberapa negara telah pun menghalang penayangan filem tersebut, namun Malaysia masih lagi meneruskan tayangan di seluruh negara," jelasnya.
Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem ini sehingga 28 Januari ini dan akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum membuat keputusan.
"Adalah amat memalukan apabila Malaysia dijadikan sandaran penerbit India apabila kes tersebut dibawa ke mahkamahdengan mempersoal kenapa Malaysia sebuah negara Islam pun membenarkan penayangan filem tersebut tetapi tidak di Sri Lanka (India)," katanya.
Sementara itu, bererapa NGO akan berkumpul di Dataran Merdeka pada jam 2.30 petang ini sebelum berarak ke Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi penyerahan memorandum.Harakahdaily
s'pura negara sekular & sri lanka majoriti penganut hindu & buddha pun boleh nampak isu tu, m'sia negara islam????? tak boleh nampak. mana finas???? kristian nak guna nama allah, bising tak habis2 sampai la ni.
ReplyDelete