| Harakahdaily, | 10 Jan 2013 |
Demikian penjelasan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berhubung laporan Mstar, semalam.
Berikut ialah penjelasan penuh beliau.
Saya ingin menjelaskan bahawa laporan berita bertajuk ‘Ulama PAS
tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah’ yang dikeluarkan oleh
MStar pada 9 Januari 2013 adalah telah memetik secara salah apa yang
saya sebutkan.
Kenyataan awal saya yang berkenaan adalah ketika saya diminta memberi
komen terhadap permintaan pihak-pihak tertentu supaya dibenar
penggunaan terjemahan Allah dalam Bible berbahasa Melayu beberapa minggu
yang lalu.
Tajuk itu sepatutnya berbunyi seperti ini ‘Ulamak PAS tetap tidak
setuju bukan Islam guna kalimah Allah di dalam kitab mereka bagi
menggantikan perkataan God'.
No comments:
Post a Comment