Thursday, January 24, 2013

Kambing Ini Terlepas Dari Hukuman Penjara


Kambing Ini Lolos Dari Jeratan Hukum
NET
TRIBUNNEWS.COM,AUSTRALIA--Seorang hakim di Australia akhirnya membatalkan dakwaan terhadap seekor kambing, Gary, yang dituduh memakan bunga di halaman Museum Seni Kontemporer, Sydney.

Keputusan hakim dikeluarkan pada Rabu (23/1) dalam kes yang didaftarkan oleh Polis Rocks, Sydney. Polis menjatuhkan denda sekitar 465 dolar setelah melihat Gary memakan bunga di luar museum.

Polis  menganggap pemilik kambing bertindak ceroboh kerana membiarkan kambing itu merosak tanaman. Namun pemilik kambing, pelawak James Dezarnaulds, memutuskan untuk memperkarakan denda itu.

Hakim Mahkamah Sydney, Carolyn Barkell, mengatakan tidak ada bukti yang menunjukkan Dezarnaulds membuat kambingnya memakan bunga dengan tujuan merosak bunga-bunga yang ada.

Menanggapi putusan mahkamah, Dezarnaulds menyampaikan terima kasih kepada semua pihak yang membantu termasuk timpasukan peguam.
"Nama Gary telah dipulihkan dari semua fitnah ini. Yang dilakukan Gary hanya sekadar makan," kata Dezarnaulds.

"Saya ingin menyampaikan terima kasih kepada peguam McGirr kerana membantu saya," tambah pelawak itu seperti dikutip Tribunnews.com dari BBC.
Peguam Paul McGirr mengatakan denda seharusnya tidak perlu dijatuhkan.
"Cuba fikirkan wang pembayar pajak yang dihamburkan untuk menuntut seseorang kerana kambing miliknya memakan rumput atau tanaman," tutur McGirr.

Wartawan BBC di Sydney Nick Bryant melaporkan kambing Gary tidak dihadirkan di ruang perbicaraan tetapi menunggu di luar mahkamah  ketika dakwaan ditolak hakim.

No comments:

Post a Comment