January 18, 2013

Musa Aman memberitahu akhbar arus perdana agar tidak memainkan isu Suruhanjaya Di Raja berkenaan pendatang haram. – Gambar fail
KOTA KINABALU, 18 Jan – Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman
memberitahu akhbar arus perdana berbahasa Inggeris Rabu lalu agar tidak
memainkan isu Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram.
RCI yang bermula Isnin lalu menyaksikan bekas pegawai kerajaan
mendedahkan bagaimana pendatang dari Filipina dan Indonesia diberikan
kad pengenalan biru dan dokumen lain bagi mengesahkan status mereka
sebagai pengundi pada pilihan raya negeri Sabah.
“Ia adalah permintaan agar tidak memainkan terlalu banyak,” kata
seorang sumber kepada The Malaysian Insider hari ini akan tetapi tidak
mahu dinamakan kerana takut kehilangan kerja.
“Mereka takut kepada kesan buruknya,” tambah beliau.
Sumber tersebut memberitahu, Musa telah memanggil mesyuarat dengan media negeri termasuk wakil daripada New Sabah Times, Daily Express, The Borneo Post dan akhbar dikawal oleh Barisan Nasional seperti New Straits Times dan The Star, termasuk agensi berita nasional, Bernama./TMI
No comments:
Post a Comment