| Harakahdaily, | 18 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man hari ini mendesak Kementerian Kewangan menjelaskan
berapakah jumlah sebenar pampasan yang dibayar kepada mangsa Landasan
Keretapi Maut oleh Kerajaan Jepun, sekiranya mereka mendakwa memo
kementerian yang diterima seperti yang didedahkan oleh Datuk Seri Nizar
Jamaluddin telah dipalsukan.
“Kalau jumlah RM207 bilion itu didakwa palsu dan tidak benar, berapa
jumlah sebenar?” tanya beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Beliau berkata kerajaan BN tidak boleh berlepas tangan membiarkan
mangsa yang kini hidup menderita akibat kekejaman tentera Jepun pada era
Perang Dunia Kedua,
Katanya, semua mangsa dan waris berhak mengetahui dan mereka mempunyai hak perundangan dan syarat di atas wang tersebut.
“Kerajaan BN jangan hanya menunjukkan baik dengan pelbagai bantuan
menjelang PRU, andainya wang pampasan mangsa tidak dikembalikan.
Kerajaan BN sepatutnya merasa malu apabila kedutaan Jepun menulis surat
bertanyakan hal tersebut kerana ia melibatkan maruah negara,” kata
beliau.
Kini, kata Tuan Ibrahim mangsa juga berhadapan dengan berita yang
sangat menyedihkan bilamana wang sepatutnya dibayar kepada mereka telah
disalahgunakan oleh kerajaan bagi membina projek perkapalan MISC
sebagaimana didakwa (merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertarikh
“11/05/2007” bertajuk “Kes Tuntutan Buruh Paksa”).
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_05.htm.#ixzz2I6nZYP4O
Dalam laporan tersebut, Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Ahmad
Shabery Cheek berkata wang tersebut telah digunakan untuk menubuhkan
Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).
PAS, kata Tuan Ibrahim, akan terus menuntut penjelasan dan desakan
sehingga wang pampasan tersebut dikembalikan kepada yang berhak.
No comments:
Post a Comment