BERSIH
Sabah mahu semua tokoh kerajaan negeri dan persekutuan yang berkhidmat
sewaktu berlakunya pemberian "warganegara-untuk-undi", termasuk bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, disepina oleh Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah.
"BERSIH
Sabah merasakan RCI harus memanggil saksi baru dan kami meminta
pesuruhjayanya supaya sepina mereka yang berikut, termasuk Mahathir;
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Peguam Negara, Tan Sri Abdul
Gani Patail (kanan), Tan Sri Herman Luping, dan Datuk KY Mustaffa.
"Semuanya berkhidmat dalam pentadbiran dalam tempoh siasatan RCI," kata Pengerusi BERSIH Sabah, Andrew Ambrose (kanan) dalam rakaman video yang ditunjukkan kepada wartawan dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.
Herman yang juga bekas peguam negeri Sabah dan Mustafa, yang merupakan bekas setiausaha kerajaan negeri Sabah, adalah pesuruhjaya yang menganggotai RCI mengenai pendatang Sabah itu.
Pesuruhjaya yang lain ialah bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim; bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Seru Kamaruzaman Ampon dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Henry Chin Poy Wu.
"BERSIH
Sabah merasakan RCI harus memanggil saksi baru dan kami meminta
pesuruhjayanya supaya sepina mereka yang berikut, termasuk Mahathir;
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Peguam Negara, Tan Sri Abdul
Gani Patail (kanan), Tan Sri Herman Luping, dan Datuk KY Mustaffa."Semuanya berkhidmat dalam pentadbiran dalam tempoh siasatan RCI," kata Pengerusi BERSIH Sabah, Andrew Ambrose (kanan) dalam rakaman video yang ditunjukkan kepada wartawan dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.
Herman yang juga bekas peguam negeri Sabah dan Mustafa, yang merupakan bekas setiausaha kerajaan negeri Sabah, adalah pesuruhjaya yang menganggotai RCI mengenai pendatang Sabah itu.
Pesuruhjaya yang lain ialah bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim; bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Seru Kamaruzaman Ampon dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Henry Chin Poy Wu.
No comments:
Post a Comment