January 25, 2013
KUALA LUMPUR, 25 Jan - Tuduhan kecacatan dalam proses
pengundian luar negara dapat menyaksikan rakyat Malaysia di luar negara
dinafikan hak untuk pilihan raya adil dan kemungkinan manipulasi undi,
kata pemimpin DAP hari ini.
Empat
isu utama disenaraikan mereka sebagai kelewatan Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) dalam membenarkan pengundian di luar negara, menyebabkan
ramai rakyat Malaysia di luar negara mempunyai sedikit masa untuk
mendaftar sebagai pengundi.
“Ia mengambil mereka begitu lama untuk melaksanakannya dan ramai
rakyat Malaysia yang cuba untuk mengundi sekarang tidak boleh berbuat
demikian kerana mereka tidak berdaftar,” kata ahli parlimen DAP Anthony
Loke kepada pemberita di sini, sambil menambah SPR juga tidak melakukan
apa-apa untuk menggalakkan rakyat di luar negara untuk mendaftar ketika
proses pengundian di luar negara dibincangkan.
Loke berkata sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai
reformasi pilihan raya dalam penemuan awal telah meminta SPR untuk
membenarkan mengundi di luar negara lebih daripada setahun yang lalu.
Penggendali pilihan raya tersebut walau bagaimanapun, hanya mengumumkan
keputusan mengenainya awal bulan ini.
Dan ramai rakyat Malaysia yang tinggal di luar negera kekal tidak
berdaftar sebagai pengundi di luar negara bermakna mereka hanya boleh
memohon untuk mengundi sekarang. Dengan Pilihanraya 2013 yang dijangka
akan diadakan pada bulan Mac, pemohon baru tidak boleh menggunakan
sepenuhnya proses baru itu.
Menambah kepada masalah ini adalah peraturan baru yang memerlukan
pengundi luar negara untuk berada di Malaysia sekurang-kurangnya 30 hari
diantara April 2008 sehingga Parlimen dibubarkan.
“Apa yang dilakukan ini adalah menapis ramai pemohon. Ia adalah tidak
mungkin. Mereka di luar negara sering kembali hanya untuk beberapa
minggu paling banyak. Mengapa mereka menambah sekatan baru yang lebih
merumitkan,” tambah Loke.
SPR juga dikritik kerana mengenakan syarat supaya pengundi luar
negara hanya sehari untuk mengambil dan membuang undi mereka di kedutaan
masing-masing yang boleh menjadi kesukaran bagi mereka yang tinggal
jauh dari konsulat.
“Bukan semua orang tinggal di kota besar dimana kebiasaannya terletak
pejabat kedutaan. Mereka harus diberi paling kurang selama tiga hari,”
kata ahli parlimen Rasah itu sambil menambah ini mengesahkan tuntutan
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk tempoh kempen
selama 21 hari.
Loke juga berkata SPR telah gagal untuk memberikan satu alasan
konkrit di sebalik penolakan untuk membenarkan ejen mengundi parti untuk
melihat proses pengundian di luar negara, kerana ini boleh membawa
kepada percanggahan.
“Ini adalah kali pertama pengundian di luar negara akan dijalankan
jadi kita tidak tahu apa yang boleh berlaku apabila undi dibawa balik ke
sini ke Putrajaya sebelum diagihkan kepada kawasan masing-masing.
“Jika ejen tidak berada di sana untuk memerhatikan undi boleh dimanipulasi,” katanya.
Pengarah Pilihan Raya DAP Dr Ong Kian Ming mendakwa SPR mengatakan
adalah tidak praktikal untuk mempunyai lebih daripada 200 ejen mengundi
disetiap kedutaan di mana pengundian berlaku tetapi Ong berkata ini
boleh diselesaikan jika SPR boleh membenarkan satu ejen dari setiap
parti bertanding untuk melihat proses pengundian.
No comments:
Post a Comment