January 25, 2013
SUBANG
JAYA, 25 Jan — Polis memberi kepastian hampir 75 peratus bahawa mayat
kanak-kanak yang ditemui di Pelabuhan Klang adalah William Yau.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Ramli bekata kepada The Star,
ia berikutan keluarga William telah mengenalpasti mayat mangsa
berdasarkan parut di hadapan dan belakang kepala serta seluar pendek
yang dipakainya.
Keputusan post-mortem tidak boleh menentukan punca kematian kerana keadaan mayat yang telah reput.
Bagaimanapun, berdasarkan keadaan mayat, kesimpulan boleh dibuat kanak-kanak lelaki itu sudah mati selama seminggu.
ACP Yahaya berkata, keluarga mangsa hadir ketika bedah siasat dilakukan ke atas mayat tersebut.
Bercakap kepada para pemberita di Balai Polis Subang Jaya di sini,
ACP Yahaya menambah, tidak terdapat tanda-tanda kecederaan luaran yang
ditemui kecuali tanda-tanda bekas gigitan.
“Jadi pihak kami mengandaikan yang kesan gigitan itu adalah gigitan haiwan ketika mayat mangsa terapung di dalam sungai.
“Bagaimanapun, pihak polis tidak boleh memberi kepastian seratus
peratus sehinggalah keputusan DNA keluar...mungkin Isnin ini,” katanya
dipetik dari portal The Star.
Menurut beliau lagi, teori polis setakat ini adalah mayat mangsa
mungkin terapung dan dibawa arus sejauh 30km di Sungai Klang dari Bukit
Lanchong (kawasan kampung bersebelahan dengan Putra Heights) sebelum ia
tersangkut pada enjin boat berdekatan Jeti Kampung Sungai Sireh di
Pelabuhan Klang. TMI
No comments:
Post a Comment