Harakahdaily
Hazayani Zakaria, | 30 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah kesal dengan tindakan bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi kewarganegaraan kepada
pendatang asing semasa pentadbirannya.
Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan Mahathir memberi kewarganegaraan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan memberi kesan kepada rakyat Sabah sekarang ini.
"Sebagai rakyat Sabah saya kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang melakukan tindakan tidak mengikut prosedur dan undang-undang.
"Sekarang ini kita sendiri pun tidak dapat membezakan mana penduduk yang betul, mana penduduk yang dapat kerakyatan melalui pemberian IC ini.
"Rakyat asing mula menguasai negeri kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Aminuddin juga berkata, rakyat Sabah juga tertanya-tanya sikap berdiam diri kerajaan walaupun orang yang terlibat dalam perkara ini sudah pun membuat pengakuan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
"Kita tidak persoalkan kalau kerakyatan itu diberikan kepada mereka yang memang layak dan mengikut undang-undang yang betul.
"Sebahagian yang mengaku melakukan perkara itu sudah pun membuat pengakuan tapi kenapa tindakan yang diambil? Diam begitu sahaja," katanya.
Justeru tegasnya, pihak yang bertanggungjawab seharusnya lebih amanah dalam menjaga kedaulatan negara dengan tidak memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing sewenang-wenangnya.
"Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, dan menteri yang berkaitan seharusnya menjaga amanah mereka.
"Jangan permudahkan hal yang salah kerana tindakan mereka ini tidak menguntungkan rakyat Malaysia," tegasnya.

No comments:
Post a Comment