MENERUSKAN
langkahan pemantauan PRU13, pasukan Pemantau Kelantan telah mula
melaksanakan tugas ke arah pilihan raya yang bebas dan adil. Sekitar jam
3:30 petang kelmarin 20 Januari 2013, Pemantau Kelantan telah
mengunjungi Balai Polis Kota Bharu.
Tujuannya
hanya satu iaitu menyerahkan resolusi Pemantau Kelantan yang telah
dikeluarkan hasil dari seminar sehari pemantau PRU13 Kelantan 19 Januari
lalu. Antara 7 resolusi tersebut termasuklah menuntut pihak polis mampu
bersikap berkecuali setiap waktu tanpa memihak kepada mana-mana parti
politik sekaligus meletakkan harapan ka arah penambahbaikan integriti
pasukan PDRM dalam suasana PRU13.
Sikap profesional PDRM amat penting bagi menjamin kelangsungan
suasana yang membolehkan rakyat menikmati hak-hak dalam sistem demokrasi
termasuklah hak untuk bersuara, berhimpun dan menyatakan pandangan
sebagaimana dijamin oleh perlembagaan Negara. Apatah lagi dalam suasana
pilihan raya umum ini, rakyat amat perlu dibekalkan dengan
maklumat-maklumat tepat dari parti-parti politik.
Bila suasana semasa begitu melihatkan parti-parti BN diberi liputan
meluas dalam media-media elektronik, tiada pilihan lain kepada
parti-parti PR selain turun padang dan mengadakan himpunan seberapa
kerap bagi menerangkan pelbagai isu kepada rakyat. Dalam situasi
sebeginilah peranan pihak PDRM amat siknifikan bagi memastikan keamanan
dikekalkan bagi membolehkan rakyat mendapat cukup penerangan dari
parti-parti politik Negara.
Semasa kunjung hormat itulah pihak pasukan Pemantau Kelantan
mendapati gambar Menteri Besar Kelantan diturunkan sebaliknya gambar
Perdana Menteri Malaysia terus digantung. Timbul persoalan apakah ini
suatu sikap tidak profesional yang ingin ditunjukkan oleh pihak PDRM?
Menteri Besar Kelantan pada hari ini telah dipilih dari satu pilihan
raya yang sah sama seperti Perdana Menteri.
Selaku aktivis Pemantau Kelantan, kami amat berharap hal sebegini
tidak berulang sebagai memastikan PDRM bebas dari kongkongan politik
kepartian. Sehingga selesainya PRU13, Pemantau Kelantan akan terus
berusaha sedaya mungkin memastikan PRU13 mampu dilangsungkan secara
bebas dan adil.
Kami meyakini kerajaan yang baik hanya lahir dari pilihan raya yang
bebas dan adil tanpa dikotori oleh pelbagai anasir yang tidak sihat.
Terus ikuti kami, pusatrakyatcp@gmail.com.
Salam jihad!
(Mohammad Faizal Che Yusof)
(Koordinator Pusat Rakyat CP)
(Koordinator Pusat Rakyat CP)
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Polis pasti akan melakukan yang terbaik seperti di HKR112.. Kita bersama-sama polis membantu mereka menjaga keamanan....
ReplyDelete