(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 31 Dis: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan
beli satu saham Boustead Holdings Bhd (Boustead) untuk membolehkannya
mempunyai kepentingan bagi pihak bekas anggota tentera yang mencarum
dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Ini berikutan Boustead tidak membenarkan pencarum LTAT menyemak
dokumen perjanjian jual beli tanah dan syarikat milik Deepak Jaikishan
dan Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah bernilai RM160
juta.
“Boustead adalah milik LTAT. Pencarum LTAT, iaitu bekas anggota tentera ada hak untuk periksa dokumen.
“Selepas
ini saya akan jadi pemegang saham Boustead. Kita akan semak perjanjian
dan berusaha untuk hentikan pembelian gila menggunakan duit pencen
tentera,” tegas Rafizi.
Terdahulu, lobi Menara Boustead di Jalan Raja Chulan kecoh apabila
seorang pegawai syarikat berkenaan berkata, LTAT tiada kena mengena
dengan Boustead.
Menurut pegawai tersebut, hanya pemegang saham berdaftar syarikat itu dibenar akses dokumen syarikat berkenaan.
Ia mengundang kemarahan kira-kira 20 bekas anggota tentera diketuai Rafizi.
Mereka menunggu hampir sejam untuk masuk ke ibu pejabat Boustead itu
sejak 1 petang tadi bagi menyemak dokumen perjanjian jual beli.
“Siapa kata LTAT tidak ada kepentingan dalam Boustead? Kalau tak ada
LTAT dan tak ada caruman bekas anggota tentera, Boustead sendiri juga
tidak wujud,” kata Presiden Kerabat Kebangsaan, Lt Kol (B) Mohd Nazari
Mokhtar.
“LTAT ada pegangan majoriti dalam Boustead. Kita datang cara baik,
sepatutnya mereka urus cara baik,” tegasnya memaklumkan, akan mengadakan
program khusus penerangan isu ini ke seluruh negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment