| Harakahdaily, | 10 Jan 2013 |
“Hal ini bukan sahaja menjadi fenomena, malah secara tidak langsung memberi signal kepada kepimpinan negeri yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkonsepkan
memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat
Sabah (Gegar) yang dinaungi anak muda merupakan sebagai langkah serta
capaian terbaik bagi anak-anak muda Sabah untuk merasai denyut nadi
perjuangan rakyat yang dihimpit kesukaran dan kepayahan di bumi sendiri.
Justeru, katanya walaupun, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan
diadakan pada 12 Januari ini dilihat lebih tertumpu kepada Semenanjung
Malaysia dan Kuala Lumpur, namun pada hari yang sama juga Himpunan Sabah
Bangkit yang dianjurkan Gegar perlu diberi tempat dan perhatian yang
sewajarnya.
“Inilah anak-anak Sabah yang sedar akan tanggungjawab besar yang bakal menanti mereka kelak.
“Inilah kebangkitan Sabah yang sudah mula terasa kesengsaraan di
bawah kepimpinan Kerajaan gabungan Barisan Nasional yang dipimpin oleh
Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya lagi.
Menruutnya, siapa yang tidak ‘sakit’ apabila melihat bumi tanah airnya yang dahulunya kaya menjadi sekangkang kera.
“Siapa yang tidak terguris hatinya apabila dirampas harta tanah dan
kebun serta hasil tanamannya yang diusahakan bertahun lamanya.
“Siapa yang tidak ‘bingung’ melihat telatah kepimpinan negerinya yang
mampu melihat setiap harta dan ‘karun’nya diangkut serta dijual
ditangan asing. Siapa lagi yang tidak mahukan perubahan,” ujarnya.
Justeru, beliau menyeru seluruh anak muda Sabah perlu bangkit dan bingkas bangun untuk terus memperjuangkan hak miliknya.
“Masa ini bukan masanya untuk kita berpeluk tubuh, menggaru kepala
dan mengangguk menggeleng antara setuju dan tidak. Masa ini, merupakan
masa kebangkitan rakyat secara besar-besaran,” katanya.
No comments:
Post a Comment