Pengarah Rela: Kad ahli ditarik, elaun dihentikan jika sertai perhimpunan esok
sinarharian
11 Januari 2013
11 Januari 2013
MELAKA - Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan menarik balik kad
keahlian dan menghentikan elaun terhadap mana-mana anggotanya yang
dianggarkan lebih daripada tiga juta orang sekiranya mereka menyertai
perhimpunan yang didalangi pembangkang di Kuala Lumpur esok.
Ketua pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim berkata tindakan tegas itu
wajar dilaksanakan ekoran perhimpunan tersebut adalah bertentangan
dengan misi Rela dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara
terjamin.
"Rela walaupun tidak terlibat secara langsung dalam menjaga keamanan
dan keselamatan perhimpunan esok, namun kira-kira 3,000 anggotanya dari
Selangor dan Wilayah Persekutuan sedia diturunkan sekiranya diperlukan,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela ke-41
Tahun di Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan Sungai Udang di sini hari
ini.
Terdahulu dalam ucapan perasmian sambutan majlis tersebut, beliau
berkata lima strategi utama dirangka bagi memperkasa dan memartabatkan
pasukan sukarelawan itu pada tahun ini.
Beliau berkata antara strategi tersebut termasuk memantapkan pengurusan pasukan, menstruktur semula pasukan, mengemas kini semua arahan dan peraturan secara lebih objektif serta berhemah dan berkualiti.
Beliau berkata antara strategi tersebut termasuk memantapkan pengurusan pasukan, menstruktur semula pasukan, mengemas kini semua arahan dan peraturan secara lebih objektif serta berhemah dan berkualiti.
Katanya Rela turut menyasarkan penyertaan 20,000 anggota remaja baru
berusia antara 18 hingga 25 tahun di bawah Skuad Muda Rela (SMR) pada
tahun ini.
"Strategi ini bertujuan menyahut seruan kerajaan yang memfokuskan
perpaduan kaum, generasi Y dan kepentingan alam siber melalui pemantapan
Unit Media Rela (UMR) dan Unit Skuad Rela (USR)," katanya.
Pada perkembangan lain katanya Rela telah mempersiapkan anggotanya
dengan pelbagai kursus dan latihan kawalan keselamatan yang efektif
sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Mustafa berkata persediaan tersebut sebagai usaha membantu meringankan
beban agensi keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam
memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat terjamin sepanjang proses
pilihan raya tersebut.
Beliau berkata antara kursus yang telah dilaksanakan termasuk kawalan
orang ramai, kawalan keselamatan dan kawalan trafik khususnya di tempat
penamaan calon dan pembuangan undi.- Bernama
No comments:
Post a Comment