Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.
Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti.
Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.
Nasharudin Mat Isa
Aku ambil cerita nie kt Amenoworld.blogspot.com, sebenarnya aku nak ulas sikit berkenaan Nasharudin Mat Isa yang telah dipecat dari Majlis Syura Ulama Pas, tapi untuk pengetahuan beliau masih Ahli Pas. Kes Nasharudin Mat Isa ini berbeza sikit dengan kes Hassan Akidah kerana beliau di pecat terus daripada Ahli.
Nasharudin Mat Isa, mempersoalkan kenapa beliau tidak tahu tentang pemecatan dan hanya mengetahui perkara ini melalui media massa, bagi aku lah macam mana beliau hendak diberitahu sedangkan segala tingkah laku beliau tidak lagi bersama jemaah tetapi bersama dengan gerakan lawan. Adakah ini adab seorang berjemaah mendahului hal peribadi daripada jemaah.
Kita tidak nafikan jasa Nasharudin Mat Isa dalam gerakan Islam tiada tolak bandingnya, tetapi tindak tanduk beliau kebelakangan ini menafikan hak Presiden dan tidak memaklumkan kepada Jemaah dan selalu memberi kelebihan kepada musuh, adakah ini akhlak seorang pejuang, beliau meletakkan kefahaman tentang berjemaah lebih rendah daripada AJK Cawangan. Adakah dengan melawat Palestin itu dikira sebagai seorang pejuang tulen. Di manakah kamu sewaktu umat Islam diserang?.
Pendapat akulah pemecatan Nasharudin Mat Isa sudah lama diusulkan oleh peringkat akar Umbi tapi Presiden masih sayangkan beliau memandangkan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin dan pernah memegang jawatan sebagai TImbalan Presiden dan merupakan Ahli Parlimen Bachok. Bagi aku lah sebelum Nasharudin Mat Isa hendak menyalahkan jemaah tengok diri sendiri dulu bak kata pepatah cermin diri sendiri dahulu. Wallahualam. Sekadar pandangan peribadi akulah.
sumber:blog kaki sembang
No comments:
Post a Comment