Sunday, January 6, 2013

S’ngor tak iktiraf pembangunan tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembangunan di atas tanah yang telah diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang.
Jika ada apa-apa pembangunan dan urusniaga dilakukan ke atas tanah-tanah tersebut maka ianya dilakukan tanpa pengetahuan kerajaan negeri dan Kerajaan Negeri tidak mengiktirafnya.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang dipengerusikan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selepas mendengar taklimat yang diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan tiga pegawai daerah, semalam.

“Kita tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di atas tanah itu kecuali bagi pembinaan kem latihan tentera seperti yang ditetapkan, itu pun selepas mendapat kebenaran Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES).

Pada mesyuarat MTES itu, Menteri Besar telah dimaklumkan bahawa semua tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dikhususkan untuk pembinaan kem latihan tentera dan tanah-tanah ini masih lagi di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan tidak dipindahmilik kepada mana-mana syarikat atau individu.

Menteri Besar berkata keputusan ini sejajar dengan prinsip kerajaan negeri yang telus, bertanggungjawab dan menolak sama sekali amalan rasuah serta salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi dan politik yang akhirnya rakyat menangung beban.
Sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar Selangor
Short URL: http://www.keadilandaily.co

1 comment:

  1. makasih banyak sudah berbagi salam kenal dari informasi olaharaga pengetahuan mengenai permainan sepak bola, salam kenal ya

    ReplyDelete