http://pondoktauhid.blogspot.com

Tuan Guru Hj Salleh bin Musa Mudir Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah merupakan tokoh ulama Kedah
berusia
85 tahun yang sangat kuat berjuang memastikan kemenangan Islam di
Malaysia meminta Tn Guru Hj Hadi Awang mempertahankan Amanat 1981
Amanat tersebut tidak perlu ditarik semula kerana bertepatan dengan hukum agama kata Tuan Guru Hj Salleh Musa
Tn Guru
Hj Salleh berkata ucapan Tn Guru Hj Hadi dikeluarkan disebabkan pimpinan
UMNO pada masa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud ,
mempersenda hukum Allah , mempersenda sunnah Rasulullah SAW . Banyak
perkara UMNO buat yang bertentangan dengan syaraq dan aqidah, yang
paling nyata kesalahan UMNO adalah kerana asingkan agama dari politik .

Tuan
Guru Hj Salleh amat kecewa dengan isu amanat ini yang sengaja dimainkan
UMNO yang sangat ketandusan isu. Tn Guru Hj Salleh berkata Insyallah isu
ini tidak lama , nanti depa (mereka /UMNO ) akan diam.
Golongan agama seperti beberapa orang mufti dan termasuk Hassan Ali tidak amanah dengan ilmu.
Contohya
Hassan Ali mengapa dulu masa ada jawatan dalam PAS tidak bangkitkan isu
ini hingga dia dapat jadi exco PAS di Selangor? Mengapa sekarang Hassan
Ali baru bersuara , ini menunjukkan Hassan Ali tidak ikhlas berjuang.
Begitu
juga Tn Guru Hj Salleh menemplak JAKIM dan beberapa orang mufti
terutamanya Dato Harussani mengapa isu amanat ini dibesarkan? Mengapa
tidak tegur Mahathir yang kata " Baik kawan dengan syaitan yang dikenali
dari malaikat " dan Mahathir berkata Malaikat ada yang baik dan ada
yang jahat mengapa tidak ambil tindakkan , ini soal aqidah .
Begitu juga mengapa tidak ambil tindakan kepada Rahim Noor yang kata kepada Nik Aziz bapa kafir?
Ini menunjukan ramai mufti jahat mufti pengampu kerajaan.
Begitu juga ramai pimpinan UMNO mempersenda hudud mengapa tidak diambil tindakkan dan mengapa tidak dihebohkan?
Tn Guru
Hj Salleh menyeru ahli PAS supaya memperbanyakan doa munajat agar
fithnah jahat UMNO/BN terhadap Tn Guru Hj Hadi dalam isu ini diangkat
dengan segera.
Tn Guru
Hj Salleh mengadakan munajat khas mengenai isu amanat Hj Hadi ini di
Masjid Bukit Besar Yan pada 2.1.2013 lalu, kehadiran lebih kurang hampir
400 orang yang hadir. Tn Guru Hj Salleh Musa akan jelajah setiap daerah
seluruh kedah menggerakan munajat bagi menghadapi pilihanraya 13.
Tn Guru
Hj Salleh menghubungi Tn Guru Hj Hadi Jumaat lalu meminta Tn Guru Hj
Hadi bersabar dan mempertahankan amanat, Alhamdulillah Tn Guru Hj Hadi
dengan berkata tak pa Tok Guru saya tenggah mengarang 100 alasan
mengenai amanat ini Insyallah saya pertahankan.
TAKBIR!!!
No comments:
Post a Comment