Wednesday, January 2, 2013

Uganda siasat unit Petronas kerana mengelak cukai RM11.3j

January 02, 2013
KUALA LUMPUR, 2 Jan — Penguatkuasa cukai Uganda sedang menyiasat subsidiari Petronas Engen Uganda kerana didakwa mengelak cukai berjumlah lebih daripada 10 bilion Uganda Shillings (RM11.3 juta), lapor media negara Afrika Timur itu minggu ini.

Syarikat petroleum Afrika Timur itu dituduh menipu tanggungjawab cukainya sejak tahun 2004, setahun selepas ia ditubuhkan oleh Engen Petroleum Ltd (Afrika Selatan) yang merupakan sebahagian daripada syarikat minyak kebangsaan tersenarai dalam Fortune 500.

“Engen Uganda Ltd telah membayar yuran pengurusan kepada Engen Petroleum Ltd (Afrika Selatan) pada setiap suku tahun dan kadang-kadang pada asas bulanan, tetapi tidak membayar cukai pegangan ke atas pembayaran,” kata pemberi maklumat dalam petisyen yang dihantar kepada Lembaga Hasil Uganda (URA), seperti yang dilaporkan oleh portal berita Uganda, Chimpreports. sambung sini

No comments:

Post a Comment