PETALING
JAYA, 26 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tiada dendam
peribadi terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,
walaupun terus menyerang peribadi pemimpin itu, sebaliknya hanya
menggesa agar ahli keluarga menteri tidak terlibat dalam industri besar.
Ketua Pembangkang itu menegaskan, beliau menggunakan Dr Mahathir
sebagai contoh bagaimana kuasa digunakan untuk kekayaan keluarga.
“Anak bekas PM, antara orang paling terkaya di Malaysia, begitu juga
dengan anak-anak menteri lain,” katanya semasa sidang media di ibu
pejabat parti hari ini.
“Saya tidak ada dendam kesumat, dendam peribadi dengan Dr Mahathir,
saya tak faham kenapa dia nak serang saya. Saya gunakan contoh beliau,
sebagai contoh kuasa digunakan untuk kekayaan keluarga.”
Pemimpin pembangkang itu menjelaskan, anak-anak pemimpin tidak
seharusnya terlibat dalam perniagaan industri besar, sambil merujuk
penglibatan anak Dr Mahathir, Mirzan sebagai ahli lembaga pengarah
syarikat petroleum yang berpengkalan di Manila, Petron.
“Mereka menggunakan isu ketuanan Melayu, tetapi menaikkan anak-anak, yang ini tidak mungkin kita pertahankan,” kata Anwar lagi.
Semalam, bekas perdana menteri itu di dalam blognya chedet.cc,
mempertahankan anak lelaki sulungnya Mirzan, yang pernah menjadi ahli
lembaga pengarah syarikat yang berpangkalan di Manila, San Miguel Corp
dan kini di syarikat petroleum Petron, sering menjadi mangsa fitnah
oleh Anwar dan ahli politik PR.
“Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang
dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron” kata Dr
Mahathir lagi.
“Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya
tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal
politik dah ke?”
Bekas presiden Umno itu menambah beliau tidak pernah memberi apa-apa
kepada keluarganya atau rakannya semasa berkuasa, tidak seperti Anwar,
yang gemar untuk memilih keluarga dan rakannya untuk jawatan politik
tertinggi dan perniagaan.
Dr Mahathir yang dilihat sering mengkritik anak didik beliau yang
diharap dapat menjadi penggantinya pada 1990an namun dipecat pada 1998
selepas tuduhan liwat dan rasuah. TMI
No comments:
Post a Comment