kerengga
A.S
Lebih
kurang 350 mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
(GAMIS) Zon Timur yang mewakili GAMIS Negeri Terengganu, Pahang dan
Kelantan telah mengadakan satu protes besar-besaran terhadap kepimpinan
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.
Dato’
Seri Najib yang menghadiri mesyuarat tertutup bersama Kompenen Barisan
Nasional Negeri Terengganu di Ri-Yaz Heritage, Kuala Terengganu telah
menerima tamparan hebat apabila mahasiswa menanti di luar dengan
pelbagai sepanduk yang menyatakan protes terhadap kepimpinan beliau dan
Barisan Nasional.
Mahasiswa
yang dilihat memenuhi kawasan luar pagar Ri-Yaz Heritage sejak jam 4.20
minit petang telah berhimpun lebih kurang 1 jam setengah menanti
Perdana Menteri keluar dari kawasan resort berkenaan. Namun Perdana
Menteri dilihat masih tidak mahu keluar dari resort berkenaan walaupun
mesyuarat telah pun sedia tamat 5.00 petang dan dilihat Ahli Majlis
Mesyuarat Negeri Terengganu telah meninggalkan kawasan resort seorang
demi seorang.
Sepanjang
himpunan protes berkenaan, pemuda-pemuda UMNO kampung Pulau Duyong
melakukan provokasi dengan menyerang beberapa pimpinan mahasiswa.
Pegawai polis pula cuba meleraikan himpunan protes agar mahasiswa
bersurai tanpa diberi izin bersemuka dengan Dato Seri Najib Tun Razak.
Akhir
sekali, ketakutan Najib Tun Razak begitu terserlah apabila hampir jam
6.00 petang beliau keluar dengan rombongan keretanya di dalam keadaan
trak polis, pegawai polis dan orang kampung dengan bendera-bendera
Barisan Nasional menjadi benteng penghalang untuk menuntup
sepanduk-sepanduk yang dibawa mahasiswa untuk tidak dilihat oleh Najib
Tun Razak. Walau bagaimana pun, rombongan kereta PM Malaysia diiringi
dengan laugan ‘Hidup Mahasiswa’ oleh mahasiswa yang berkumpul di luar
perkarangan Ri-Yaz Heritage..
Presiden
GAMIS, Muhamad Azan Safar yang mengetuai himpunan protes tersebut
berkata ketika diminta komentar, ‘Kita kesal kerana permohonan kita
hanya satu, untuk bersemuka dengan Perdana Menteri Malaysia bagi
menyerahkan satu memorandum terhadap kegagalan beberapa urustadbir
kerajaan dibawah pemerintahan Barisan Nasional. Tapi nampak PM terlalu
takut dengan suara mahasiswa apabila untuk berjumpa dengan setiausaha
khasnya pun, tidak diberikan keizinan,
No comments:
Post a Comment