KUALA
LUMPUR 12 FEB : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengkritik
kerajaan Umno BN kerana merahsiakan penaja artis antarabangsa dari Korea
Selatan, Psy yang menelan kos hingga RM 2 juta.
“Siapakah
penaja yang sanggup bayar RM 2 juta tetapi merahsiakan? Bukankah penaja
sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi mempromosi khidmat atau
barangan mereka.
“Inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu
merahsiakan,” kata Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dipetik
daripada blognya, hari ini.
Beliau juga mempersoal tindakan Umno Pulau Pinang sebelum ini
mengkritik dan mempertikaikan aktiviti anjuran Kerajaan Pulau Pinang
tetapi bersetuju dengan pembaziran itu.
“Adakah Umno Pulau Pinang bersetuju membawa artis Korea dengan RM 2 juta untuk menyanyikan satu lagu?”
Laporan berita sebelum ini mendakwa Umno-BN membelanjakan RM 2 juta
hanya untuk membawa “Psy” mempersembahkan lagu “Gangnam Style” di
program rumah terbuka Tahun Baru Cina Kerajaan Persekutuan di
Georgetown, Pulau Pinang.
Akan tetapi, tujuan Umno-BN untuk meraih populariti daripada
persembahan tersebut gagal dan menjadi buah mulut pelayar internet
semasa Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan persembahan “Psy” kepada
hadirin.
“Apabila ditanya adakah yang hadir bersedia untuk Psy, semua serentak mengatakan ‘Ya’,” kata Badrul Hisham.
“… Malangnya apabila dia mengambil kesempatan dengan bertanya adakah bersedia untuk BN? Majoriti yang hadir menjawab ‘Tidak’.”
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment