#KL112
mencatatkan sejarah tersendiri. Tidak ada siapa yang boleh memberikan
angka tepat mengenai berapa ramai yang berhimpun dalam dan di sekeliling
stadium pada 12 Januari lepas. Namun seperti biasa angka ini akan
dijadikan bahan oleh regim untuk perkecil himpunan rakyat ini. Mulanya
regim mengumumkan tidak lebih dari 30,000 orang sahaja, namun jumlah ini
disentak dengan pengumuman polis yang menyatakan pihak penganjur
bersalah langgar syarat kebenaran iaitu melebihi 30,000 orang. Apa pun
penafian kebangkitan rakyat dengan regim bermain nombor mudah dipatahkan
dengan gambar himpunan.
Isunya
bukan sekadar jumlah, bagi regim ini makin panik ialah di manakah
agensi seperti PDRM berada? Di mana-mana sejarah kebangkitan rakyat
menghumban regim tua, di mula kebangkitan pasti polis atau tentera alat
penting regim untuk mematahkan kebangkitan rakyat tetapi apabila hakikat
sebenar bahawa betapa regim membawa kerosakan dan sudah tidak boleh
diselamatkan lagi maka saat kemenangan kebangkitan rakyat akan
ditandakan dengan bermulanya (selalunya sebahagian) dari polis atau
tentera sedia untuk ‘mengkhianati regim’ dan duduk bersama rakyat. Tanda
ini agak jelas ketika Himpunan #KL112 atau HKR baru-baru ini.
Bagaimana ketika Najib diluar negara, pimpinan utama polis selesa
duduk berbincang dengan pimpinan rakyat di Bukit Aman sehingga
persetujuan untuk mencipta sejarah himpunan rakyat paling aman dan
paling ramai sejak merdeka. Namun setelah Najib pulang dari luar negara
‘mungkin’ polis ditekan dan dipertikai mengapa PDRM berani memberi
jaminan sedemikian, maka sedikit gangguan dimunculkan iaitu surat
cadangan mengalih lokasi himpunan ke Bukit Jalil.selengkapnya
short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment