| Harakahdaily, | 03 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Mahathir
sudah sedar yang orang Melayu sudah memahami tanpa UMNO Melayu akan
tetap boleh bertahan dan wujud dalam negara dengan kemajuan mengikut
waktu dan zamannya.
“Dulu-dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat terutamanya orang
Melayu yang tanpa UMNO Melayu akan mati dan pupus,” tulis Aspan Alias di
dalam blognya.
Menurutnya, di Kelantan, rakyat sedar UMNO sudah berada di pinggiran
tetapi tidak pula kita mendengar Melayu di situ mati bergelimpangan di
jalan-jalan raya.
Berikut adalah tulisan penuh beliau.
UMNO sedang berusaha dan mungkin telah dapat menyenaraikan ‘winnable
candidate’ untuk pilihanraya kali ini. Itulah yang disebut-sebut setiap
kali dalam mesyuarat dan perbincangan tentang pemilihan calon dalam UMNO
sekarang ini. Tujuannya ialah untuk mendapatkan sokongan dan keyakinan
rakyat untuk memperbaiki prestasi UMNO yang sudah merudum sekarang ini.
Semalam Mahathir berlainan pula pandangannya. Beliau meminta semua
rakyat mengundi UMNO dan jangan memilih calon. ‘Siapa sahaja yang
diturunkan oleh UMNO sebagai calon kita mesti undi’ katanya. Apa yang
dikehendaki Dr Mahathir ialah rakyat tidak payah menggunakan otak dan
pemikiran. Bagi Mahathir apabila rakyat memilih itu ikut sahaja siapa
yang dicalonkan dan tidak payah berfikir banyak. Mahathir sudah biasa
dengan membuat arahan sahaja dan arahan beliau mesti diterima.
Tidak berapa lama dahulu dia juga yang menyatakan UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi semalam beliau juga yang meminta kita mengundi parti yang beliau katakan busuk itu. Beliau juga yang mengatakan beberapa bulan dahulu UMNO sudah tidak ada apa-apa lagi, kerana yang pandai masuk PAS, yang baik sertai PKR dan yang bijak sudah menyokong DAP. Oleh itu jelas Mahathir ini tidak boleh diikuti langsung kerana kita akan diperbodoh-bodohkannya sepanjang masa. Sesungguhnya Mahathir ini mudah lupa, bukannya Melayu yang mudah lupa seperti yang beliau katakan dahulu.
Tidak berapa lama dahulu dia juga yang menyatakan UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi semalam beliau juga yang meminta kita mengundi parti yang beliau katakan busuk itu. Beliau juga yang mengatakan beberapa bulan dahulu UMNO sudah tidak ada apa-apa lagi, kerana yang pandai masuk PAS, yang baik sertai PKR dan yang bijak sudah menyokong DAP. Oleh itu jelas Mahathir ini tidak boleh diikuti langsung kerana kita akan diperbodoh-bodohkannya sepanjang masa. Sesungguhnya Mahathir ini mudah lupa, bukannya Melayu yang mudah lupa seperti yang beliau katakan dahulu.
Apa yang paling menariknya lagi, pada pilihanraya yang lalu Mahathir
telah meminta rakyat jangan mengundi mengikut parti. Beliau mahukan
rakyat memilih calon kerana jika parti menurunkan calon yang tidak baik
maka ia tidak akan memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara
termasuk parti-parti yang menurunkan calon-calon itu. Semasa itu
Mahathir berkata yang negara perlukan calon-calon yang baik dan mengikut
kehendak masa dan zamannya.
Memang sikap Mahathir suka membodoh-bodohkan orang lain. Kita bukan
tidak faham, tujuan beliau meminta rakyat mengundi calon bukannya parti
dalam pilihanraya yang lalu, ialah untuk menjatuhkan Abdullah Badawi
kerana beliau terlalu sakit hati dengan penggantinya itu kerana terlalu
degil dan tidak mahu bertindak mengikut kehendak beliau. Semasa
berkempen di Kedah dalam pilihanraya itu beliau hanya pergi ke Jerlun
untuk membantu anaknya Mukhriz.
Tujuannya ialah untuk melemahkan keputusan pilihanraya itu. Dengan
jatuhnya prestasi kemenangan BN maka mudahlah beliau untuk melakukan dan
membantu sesiapa yang hendak mengambilalih Badawi itu dengan mudah dan
kehendak beliau telah berjaya dilakukannya. BN menang tetapi hilang
sokongan 2/3 dalam Parlimen. Maka mudahlah mendesak Abdullah untuk
berundur. Najib pun naik setakuk lagi dan menjadi Perdana Menteri
sekarang ini, tetapi mempunyai terlalu banyak dan besar ‘baggage’ nya
untuk menjadi seorang PM yang diyakini rakyat.
Walaupun Mahathir sudah membayangkan agar Najib perlu meletakkan
jawatan jika keputusan PRU nanti lebih teruk dari keputusan PRU yang
lalu. Tetapi kali ini Mahathir tidak boleh lagi meminta rakyat memilih
calon dan bukannya parti. Jika itu masih menjadi saranannya maka UMNO
akan kalah terus dan Mahathir sudah barang tentu memahami keadaan
sekarang . Mahathir bukannya tidak faham keadaan sekarang. Beliau tahu
UMNO sedang tenat dan imej UMNO begitu buruk dan parti itu sudah
dianggap parti usang oleh majoriti rakyat termasuk orang Melayu sendiri.
No comments:
Post a Comment