Saya sangka anak bermain’
Oleh Safuri Kamarudin
Baling: “Saya tidak mampu berbuat apa-apa sebaik terdengar suara anak
menjerit di tingkat atas ketika saya bersama isteri dan anak bongsu
berlari keluar untuk menyelamatkan diri apabila melihat api marak di
bahagian dapur kerana menyangka arwah bermain di luar rumah.”
Begitu kata anggota tentera, Irwan Md Nayan, 32, apabila gagal
menyelamatkan anak kedua daripada tiga beradik, Adam Akmal, 4, yang
ditemui rentung apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung
Rambong Padang, Batu Tujuh, dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 4.30 petang ketika keluarga itu berehat
selepas pulang menghadiri kenduri di rumah saudara mereka di Sungai
Petani, dekat sini.
Irwan berkata, sebelum kejadian dia berehat bersama isteri, Siti Khuzaimah Abas, 33, di ruang tamu selepas pulang menghadiri kenduri dan tiba-tiba ternampak kepulan asap di sebuah bilik di ruang dapur.
Irwan berkata, sebelum kejadian dia berehat bersama isteri, Siti Khuzaimah Abas, 33, di ruang tamu selepas pulang menghadiri kenduri dan tiba-tiba ternampak kepulan asap di sebuah bilik di ruang dapur.
RUMAH Irwan yang hangus dijilat api yang meragut nyawa anak keduanya di Kampung Rambong Padang, Batu Tujuh.
Menurutnya, dia bergegas keluar rumah bersama isteri yang mengendong anak perempuan berusia tiga bulan menyelamatkan diri dan menyangka arwah bermain di luar rumah bersama abang sulung berusia lima tahun.
No comments:
Post a Comment