Monday, February 18, 2013

KANTOI LAGI! Utusan Kalah Lagi Kes Mahkamah!

 

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Utusan Malaysia menyiarkan permohonan maaf terbuka kepada ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berhubung satu tulisan fitnah yang mendakwa ahli politik itu meletak kesemua jawatan dalam KEADILAN dan meninggalkan parti tersebut.

Kedua-dua pihak berkenaan mencapai persetujuan itu di hadapan Hakim Hue Siew Kheng dalam satu kes saman fitnah yang difailkan ahli parlimen tersebut.

Azan ketika ditemui berkata mahkamah memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd, yang merupakan penerbit Utusan Malaysia membayar ganti rugi kepadanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah berkenaan.

"Mahkamah memerintahkan akhbar tersebut menerbitkan permohonan maaf dan menyiarkan semula tulisan yang diperbetulkan, kedua-duanya dalam tempoh tujuh hari," katanya.

Azan diwakili peguam A Vasudevan manakala TKB Mohana Kumar mewakili akhbar berbahasa Melayu tersebut.

Azan berkata beliau akan menarik balik saman tersebut selepas Utusan menyiarkan permohonan maaf dan tulisan yang diperbetulkan itu.
JALAN PULANG 

No comments:

Post a Comment