(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 18 FEB: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang selama
ini dipermainkan rakyat, turut diperolok-olok kakitangan kerajaan
apabila laporan berhubung perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia
disiarkan di laman Jabatan Penerangan pagi ini.
Terkesan dengan penyebaran maklumat itu di beberapa laman sosial,
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilapor
menafikan laporan itu dan berkata, sistem penerbitan dalam taliannya
menyiarkan ‘kenyataan palsu’.
Katanya,
penyiaran kenyataan itu mungkin digodam, sebelum ia dipadam daripada
sistem e-akhbar dan sistem e-press oleh Jabatan Penerangan, selepas
dikesan tersebar.
Kenyataan itu bertajuk ‘Memo permohonan rakyat Malaysia’ dan ‘Perdana Menteri secara rasminya meletak jawatan’.
Turut dimuatkan, alasan Najib meletakkan jawatan ekoran desakan rakyat.
Najib juga menyatakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan parti lawan yang difitnahnya.
Mengulas isu ini, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee
Khai Loon berkata, penyebaran berita itu menerusi saluran kerajaan bukti
kepimpinan Najib ditolak kakitangan kerajaan.
“Kita tahu Najib tidak berupaya lagi dapat sokongan rakyat. Orang kerajaan sendiri sudah pandai permainkan Najib.
“Walaupun mereka kata itu semua palsu dan laman itu diserang, namun
tidak terfikirkah kita bagaimana laman web kerajaan boleh digodam.
Seperti ada yang tidak kena dengan penyerang itu. Adakah mereka daripada
kalangan orang Najib,” katanya ketika dihubungi.
“Ini semua berlaku kerana Najib tiada tokoh kepimpinan. Orang
bawahnya sendiri meluat dengan sikapnya hingga menjadikan Najib bahan
jenaka mereka. Saya yakin pentadbiran Najib pasti berakhir pada pilihan
raya umum akan datang,” kata Khai Loon.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p

No comments:
Post a Comment