Aedi Asri
KUALA LUMPUR 23 FEB: Kebanyakan bekas tentera hidup menderita biarpun
banyak menabur jasa kepada tanah air, hinggakan sebahagian mereka
merempat termasuk mendiami rumah kongsi di kebun pisang manakala lebih
290,000 orang pula tidak menerima pencen.
Pengerusi Kerabat Melaka, Kolonel (B) Hashim, berkata lebih 290,000
bekas tentera tidak menerima pencen di seluruh negara, menyebabkan
mereka hidup melarat tanpa pembelaan.
“Lebih 50 tahun Umno BN memerintah, tiada inisiatif membanggakan
kepada bekas perajurit terutama bagi 290,000 bekas tentera yang tidak
berpencen.
“Apa yang Umno BN buat berpuluh-puluh tahun? Bekas perajurit tiada
pembelaan, nasib mereka terumbang-ambing. Jadi, buat apa sokong mereka.
Baik sokong Pakatan yang membela kita,” katanya.
Malah,
Pengerusi Kerabat Kelantan, Mejar (B) Yusof, berkata ada bekas tentera
yang hidup merempat, tidak sepadan dengan status sebagai pejuang negara
yang digembar-gembur di media massa.
“Bila bersara, siapa pun tidak peduli. Saya pernah bertemu beberapa
pesara, tinggal dalam ‘kongsi’ kebun pisang. Menitis air mata melihat
keperitan hidup mereka.
“Anak, cucu, menantu, semua tinggal dalam kebun. Beginikah nasib tentera? Adakah ini yang kita mahu?” katanya.
Mereka berucap demikian pada Himpunan Agung Kerabat (HAK) di Padang
Awam, AU2 Keramat semalam yang dihadiri kira-kira 3,000 orang termasuk
bekas tentera dari seluruh negara.
Pengerusi Kerabat Perak, Zulkifli Ali, pula berkata penderitaan,
kekecewaan dan masalah kebajikan tentera mendorong ramai bekas tentera
termasuk pimpinan tertinggi, menyertai Pakatan Rakyat.
“Kira-kira 80 peratus bekas tentera di Perak menyokong Pakatan.
Inilah masa paling sesuai bagi bekas tentera yang diabai untuk sama-sama
berjuang menjatuhkan Umno BN,” katanya.
Turut berucap Presiden Kerabat, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari
Mokhtar; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Leftenan Muda
Sim Tze Zin dan Timbalan Presiden PAS dan juga Penaung KERABAT, Mohamad
Sabu.
*** Gambar ihsan Harakah Daily – Editor
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
No comments:
Post a Comment