myMetro 17 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel
berusia 50an antara sembilan yang ditahan dalam satu operasi Bahagian
Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di dua
buah kelab malam berasingan, awal pagi tadi.
Turut ditahan ialah dua orang perempuan yang juga anak saudara kepada
pegawai berkenaan di dalam sebuah bilik di kelab terbabit dipercayai
meminum minuman keras berdasarkan resit pembelian ditemui anggota
penguatkuasa.
Pegawai Perhubungan Awam Kanan JAWI, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata
operasi rutin disertai 15 anggota diketuai Ketua Pegawai Penguat kuasa
JAWI, Wan Jaafar Ahmad itu diadakan di Jalan Genting Klang di ibu
negara, turut menahan lima lagi anggota tentera bersama tiga pegawai
perhubungan pelanggan (GRO) berumur 40an.
"Dalam operasi biasa yang dijalankan, anggota kita menahan kesemua mereka sekitar jam 1 pagi sebelum dibawa ke ibu pejabat Jawi untuk siasatan lanjut. Apabila pemeriksaan alkohol dilakukan, kita dapati mereka mengambil minuman keras
"Dalam operasi biasa yang dijalankan, anggota kita menahan kesemua mereka sekitar jam 1 pagi sebelum dibawa ke ibu pejabat Jawi untuk siasatan lanjut. Apabila pemeriksaan alkohol dilakukan, kita dapati mereka mengambil minuman keras
"Setakat ini, keterangan mereka sudah pun direkodkan dan pegawai terbabit dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan,” katanya.
Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 19 akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana meminum minuman memabukkan dan Seksyen 29 akta sama kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
No comments:
Post a Comment