(Oleh Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 7 Feb: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) akan bertanding di
Parlimen Pekan, melawan Datuk Seri Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU 13) sebagai ekspresi kemuncak penolakan mahasiswa terhadap
kerajaan Umno BN.
Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, keputusan ini selepas
melihat tindakan Umno BN yang ‘membunuh’ kredibiliti dan idealisme
mahasiswa dan memastikan fungsi universiti dan ahli akademi.
“Suara
Rakyat Malaysia (Suaram) melaporkan pada 2011 aktivis mahasiswa paling
ramai ditindas seperti ditangkap, diugut, dibelasah, digantung, dibuang
universiti malah dipenjara dan tindakan ini dimulai dengan akta rimba.
“Kami juga kecewa kegagalan kerajaan mendengar tuntutan mahasiswa
walaupun banyak desakan dan tindakan diambil melalui memorandum,
referendum, forum, debat dan rapat umum,” katanya pada sidang media di
Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) hari ini.
Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN),
Mohd Bukhairy Sufian menggesa penukaran Umno BN sebagai medan demokrasi
terbaik untuk rakyat Malaysia menghentikan liabiliti kerajaan sedia ada.
“Selepas 55 tahun memerintah, pelbagai penyelewengan, rasuah dan
polisi yang tidak mengutamakan rakyat dilaksanakan Umno BN manakala di
peringkat universiti, kerajaan tidak serius memartabatkan universiti
sebagai pusat pelapis kepimpinan negara,” ujarnya.
Menurut GM13, nama calon akan diumumkan apabila tarikh PRU diketahui.
Kempen Mahasiswa Turun Pekan akan dilancarkan pada 11 hingga 17
Februari ini sebagai medium mahasiswa mendekati dan memahami kepayahan
rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
No comments:
Post a Comment