February 04, 2013

Deepak berkata beliau hanya mahu berurusan dengan presiden baru Majlis Peguam. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 4 Feb – Peniaga permaidani Deepak Jaikishan telah
menolak untuk membantu penyiasatan Majlis Peguam tentang kemungkinan
salah laku profesional dalam kenyataan bersumpah saksi pembunuhan
walaupun membuat dakwaan itu, kata presidennya Lim Chee Wee.
Walaupun kekurangan saksi, Lim berkata majlis itu telah mengeluarkan
surat kepada beberapa orang untuk membantu penyiasatan mereka tetapi
beliau tidak menamakan sesiapa yang diminta untuk menjelaskan peranan
dalam preakuan bersumpah (SD) kedua detektif persendirian P
Balasubramnian tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Bala kemudiannya menolak SD kedua.
“Ia adalah malang walaupun kami meminta bantuan, Deepak Jaikishan
telah memutuskan untuk tidak membantu dalam penyiasatan sehingga selepas
16 Mac, 2013 dan tiada siapa yang telah tampil ke hadapan untuk
membantu kami dengan mendedahkan fakta berkaitan isu ini,” kata Lim
dalam satu emel kepada The Malaysian Insider.
Apabila dihubungi melalui telefon, Lim memberitahu Deepak telah
mengatakan “beliau hanya mahu berurusan dengan presiden baru Majlis
Peguam” yang hanya akan memulakan tugasnya pada 16 Mac.
Lim juga mengesahkan dalam perbualan telefon sama bahawa Majlis
Peguam telah membuat pertanyaan kepada peguam kanan, dipercayai Tan Sri
Cecil Abraham yang telah didakwa terlibat dalam merangka SD kedua,
“untuk menjelaskan” peranannya dalam perkara itu.
Dalam e-mel, Lim berkata: “Majlis Peguam telah mula membuat pelbagai
pertanyaan dengan mengeluarkan surat kepada orang berkenaan yang kami
percaya mempunyai pengetahuan tentang fakta dan mencari penjelasan /
bantuan.”
“Penjelasan / bantuan tersebut akan membantu kami untuk menentukan
sama ada terdapat apa-apa bukti prima facie mengenai salah laku
profesional di sekitar penyediaan SD Kedua,” tulisnya.
Lim berkata majlis itu akan membuat aduan kepada Lembaga Disiplin -
badan utama menghakimi aduan terhadap peguam - jika keterangan prima
facie mengenai salah laku ditemui.
“Sudah tentu, tiada apa-apa yang menghalang sesiapa sahaja yang
terlibat dengan perkara ini untuk membuat aduan ke Lembaga Disiplin.”
Apabila ditanya, Lim berkata Majlis Peguam membuat semua keputusan
sendiri, sebelum mengatakan idea untuk mempunyai jawatankuasa orang
terkemuka untuk menasihati badan itu dalam perkara ini pernah
dipertimbangkan, tetapi kemudiannya digugurkan.
“Peguam kanan yang kita akan lantik untuk menasihati kita adalah sama sekali sesuai untuk berbuat demikian,” tulis beliau.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment