SABAH
11 Feb: Beberapa tokoh pemimpin Umno Sabah termasuk mantan Ketua Pemuda
Umno Negeri isytihar sertai KEADILAN di majlis yang dihadiri Ketua
Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut
berbuat demikian, mantan Ketua Penerangan Umno Tuaran dan bekas
Setiausaha Akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk
Hajiji Mohd Noor.
Kemasukan itu sempena lawatan Anwar ke Sabah pada sambutan Tahun Baru Cina.
Pengisytiharan itu dibuat pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baru
Cina anjuran KEADILAN Sabah di Restoran Putera Ballroom, Kota Kinabalu,
malam tadi yang dihadiri lebih 1,500 orang.
Selepas itu, Anwar berdialog bersama anak muda dan profesional di
Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk Kembalikan Autonomi
Sabah.
Panelis
lain adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan,
Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.
Terdahulu, pada sebelah petang, Anwar menyampaikan ceramah perdana di Kampung Panginatan, Ranau.
Ketibaan Anwar disambut meriah oleh penduduk dengan laungan ‘Ini kalilah!’.
Tamrin, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Senator Maijol Mahap dan Christina Liew turut berceramah.
Diikuti Forum Perdana Suara Anak Sabah (Suasa) di Restoran Pelancongan, Keningau.
Program dimulakan dengan ceramah Anwar ‘Solusi Baram’ di Beluru Bazaar, Beluru, Bakong.
7.00 malam ini, Anwar bersama pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan
program Makan Malam Gong Xi Fa Cai di Restoran Cina Mega Hotel, Miri.
Acara diakhiri dengan Ceramah Perdana Gong Xi Fa Cai di Waterfront Commercial Centre, Miri bermula jam 8.00 malam.
Selain Anwar, penceramah dibarisi, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Ali Biju, See Chee How dan Dr Michael Teo Yu Keng.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment