(Oleh Sidiqin Omar)
SHAH ALAM 31 Jan: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dua syarikat
konsesi sudah respon mengenai pengambilalihan perkhidmatan air oleh
kerajaan Selangor sepertimana diberitahu Menteri Besar mengenai perkara
itu semalam.
“Kerajaan negeri mendapat maklumbalas dari dua syarikat yang terlibat perkhidmatan air negeri.
“Tapi
kita tak boleh namakan (syarikat tersebut) sekarang. Dua dari syarikat
ini ada syarikat induk yang berada dalam penyenaraian awam. Ada
bahagian-bahagian maklumat yang sensitif,” kata Khalid pada sidang media
di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Perkembangan ini susulan pemberitahuan beliau tentang tempoh dua minggu ditetapkan Selangor untuk pengambilalihan itu.
Menurut Khalid, kerajaan negeri akan memperinci pengambilalihan
perkhidmatan air negeri itu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air (Kettha).
Beliau merujuk kenyataan Chin Fah Kui pagi tadi mengatakan tidak menerima surat pemakluman berkenaan perkara tersebut.
“Dia membalas secara umum. Dia setuju merujuk kepada Akta Suruhanjaya
Air. Dalam akta itu ada prosedur bagaimana pengambilalihan dibuat. Kita
tulis selanjutnya supaya dia terima,” jelas Khalid.
Tambahnya, dokumen tawaran pengambilalihan akan turut diserah kepada
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Sungai
Selangor (Splash), Puncak Niaga dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas).
“Ini akan dibuat selepas 14 hari,” kata Khalid.
Semalam, kerajaan Selangor menulis surat kepada Fah Kui memaklumkan
pengambilalihan perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh
14 hari.
Pengambilalihan akan diteruskan dalam tempoh itu sekiranya kementerian tidak memberi sebarang maklum balas, menurut Khalid.
Fah Kui dalam kenyataan berkata, Pusat tidak akan menghalang Selangor mengambilalih perkhidmatan air jika semua pihak bersetuju.
Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet
Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini
pula menyatakan Pusat tiada halangan untuk Selangor mengambilalih
perkhidmatan air.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment