Harakahdaily
Hazayani Zakaria, | 24 Feb 2013 |
KOTA TINGGI: Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli (gambar) mendakwa berdepan ugutan bunuh apabila sebuah batu nisan digantung di pagar rumahnya di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
(Batu nesan yang digantung dipagar rumah Anis)
Menurut Anis, beliau menyedari perkara itu ketika keluar dari rumah pagi tadi dan segera memberitahu ahli keluarganya.
Sebelum itu katanya, beliau menerima panggilan daripada dua rakan dalam gabungan NGO berkenan memaklumkan mereka menerima batu nisan.
"Saya keluar rumah, saya nampak batu nisan tergantung di pagar rumah.
"Saya tak terkejut sangat sebab sudah terima panggilan dari dua orang rakan saya memberitahu hal yang sama," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Batu nisan tersebut lengkap bertulis nama Anis dan tarikh kematian pada 15 Februari 2013.
Ekoran kejadian itu, Anis akan membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Penawar bersama dua lagi rakannya itu.
"Saya tak nak tuduh sesiapa cuma saya dalam perjalanan ke balai polis untuk buat laporan dan saya serah kepada polis untuk buat siasatan," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Ameerah Zon Selatan.

No comments:
Post a Comment