mymetro 10 feb 2013
Oleh NORIAH IDRIS dan FIRDAUS SAHAT
Kajang: “Kalau semua anak dah tak peduli lagi, pak cik nak cari calon
isteri. Tak kiralah umur berapa, wanita tempatan atau Indonesia,
asalkan dia benar-benar ikhlas nak jaga pak cik, cukuplah. Jika sanggup
(berkahwin), pak cik akan wasiatkan semua harta, termasuk sebuah banglo
di Taman Keramat, kepada bakal isteri.”
Itulah tawaran dibuat Ibrahim Othman, 83, yang bercadang menamatkan
zaman dudanya jika menemui calon isteri sesuai yang dapat menjaga makan
minumnya.
Nilai tanah dan banglo berkenaan kini dianggarkan antara RM1.5 juta hingga RM1.8 juta.
Nilai tanah dan banglo berkenaan kini dianggarkan antara RM1.5 juta hingga RM1.8 juta.
Ibrahim, bekas pelakon drama radio pada 1970-an hingga 1980-an yang terkenal dengan watak Seman dalam Kebun Pak Awang, menjadi penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, di sini, sejak tiga bulan lalu, selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah saraf dan trauma.
BANGLO milik Ibrahim bernilai lebih RM1.8 juta di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Disebabkan tiada seorang pun daripada tujuh anak kandungnya datang
menjemput selepas dia dibenarkan keluar dari wad, pengurusan hospital
mengambil keputusan menghantarnya ke pusat jagaan itu selepas mendapat
persetujuannya.
Ketika zaman mudanya, Ibrahim antara pelakon utama Kebun Pak Awang
yang berjaya mengangkat populariti drama radio berunsur pembangunan
terbitan RTM itu hingga mampu bersiaran selama sedekad.
No comments:
Post a Comment