February 23, 2013
KOTA
KINABALU, 23 Feb — Seorang peniaga dan ibu bapa warga asing memberitahu
Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) pendatang haram hari ini bahawa
mereka telah mendaftar sebagai pengundi pada 1991 menggunakan kad
pengenalan (IC) merah dan telah mengundi sebanyak tiga kali di Sabah.
Omar Mohd Subair yang memberikan keterangan hari ini memberitahu
beliau lahir di Sabah pada 1954 dan mengakui menerima IC merah dimana ia
dikeluarkan kepada penduduk tetap pada tahun 1985.
"Pada 1991, selepas kamu memperoleh sijil lahir, kamu cuba tukar
kepada IC biru, tetapi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan kamu
resit yang mengandungi nombor IC merah dan nombor 12 digit," kata
pegawai pengendali Jamil Aripin pada sesi pendengaran RCI disini.
"Dengan resit itu, kamu mendaftar sebagai pengundi. Kamu mengundi
pada 1994, 1999 dan 2004," tambah beliau, yang dipersetujui oleh Omar.
Walaubagaimanapun, Omar berkata namanya telah dibuang daripada
senarai daftar pemilih pada Pilihan Raya 2008 dan juga dalam Pilihan
Raya 2013 tidak lama lagi.
Jamil menegaskan Omar telah gagal IC merahnya kepada IC biru
memandangkan JPN mendapati bahawa individu tersebut telah menggunakan
pengakuan bersumpah palsu untuk menyokong permohonan IC merah beliau.
Omar berkata beliau buta huruf dan orang lain telah membantu dia dengan pengakuan bersumpah tersebut.
Omar, yang bekerja dalam perniagaan restoran, juga berkata telah mencuba lima kali untuk memohon IC biru, tetapi tidak berjaya.
Beberapa pendatang asing dari Pakistan dan India memberi keterangan
bulan lepas memperoleh IC biru - sama ada daripada orang tengah ataupun
JPN secara terus - dalam tempoh beberapa tahun selepas tiba di Sabah
tanpa perlu memberikan sijil lahir.
Mereka juga memberitahu bahawa telah mendaftar sebagai pengundi
sejurus selepas menerima IC biru dan mengundi dalam pilihan raya.
Pendatang Indonesia memberi keterangan bulan lepas bahawa Mahkamah
Anak Negeri Tawau telah memberi mereka IC biru pada 1979, selepas tiba
di Sabah untuk mengundi parti pemerintah disana.
Pilihan raya negeri Sabah 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.
Akan tetapi tidak lama selepas itu beberapa ahli dewan undangan
negeri PBS menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan PBS
jatuh.
Perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkuasa
dari 1981 ke 2003 telah dituduh menggepalai "Projek IC", di mana
kerakyatan diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi.
Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang
mentadbir negeri tersebut dari 1976 hingga 1985 telah menafikan
kewujudan "Projek IC".
Dr Mahathir memberitahu pemberita bulan lepas, orang asing di Sabah
ada menerima kerakyatan akan tetapi menegaskan ia dilakukan dalam
konteks undang-undang.
Inkuiri dihadapan bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong bersambung petang ini.
No comments:
Post a Comment