KUALA
LUMPUR, 24 Feb — PKR pernah menimbangkan untuk meletakkan pemimpin MCA
Datuk Seri Ong Tee Keat di kerusi akhirnya memilih Rafizi Ramli.
The Malaysian Insider difahamkan, pertimbangan tersebut
dilakukan selepas pengikut MCA daripada kem Ong “memberikan isyarat”
kepada pemimpin PKR tentang kemungkinan Ong bertanding atas tiket PKR,
tetapi ianya tanpa pengesahan jelas daripada bekas presiden MCA tersebut
menyebabkan parti itu memutuskan tidak memandang serius perkara
tersebut.
“Kami sebenarnya tidak pernah dengar sendiri daripada mulut beliau
(Ong), walaupun penyokongnya telah menyatakan sebagai wakil kepada
beliau,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
“Tapi terdapat petanda jelas ia adalah Ong, ataupun hasrat
penyokongnya. Melihatkan ia hanya untuk menguji menerusi penyokong
beliau, jadi ia tidak ada sesuatu yang berasas.”
Sumber itu turut menambah walaupun perkara tersebut dibincangkan pada
peringkat kepimpinan, parti memutuskan untuk meneruskan kempen di
parlimen Pandan dan kekal dengan Rafizi sebagai calon kerana enggan
membuat pilihan calon pada saat-saat akhir.
Selain itu lagi, sumber juga memberitahu pada ketika ini isu dibangkitkan terdapat kemungkinan besar Ong (gambar) adalah pilihan utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai calon di kerusi parlimen Pandan.
Ong telah diketepikan selaku presiden MCA oleh Datuk Seri Dr Chua Soi
Lek semasa kemelut perebutan kuasa pada 2010, beliau juga merupakan
ahli parlimen Pandan selama lima penggal.
Namun, awal minggu ini Dr Chua memberitahu media pada sambutan rumah
terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA bahagian Pandan Ong telah terkeluar
daripada senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya 2013.
Dr Chua sebaliknya berkata MCA bahagian telah mencadangkan peguam
berusia 39 tahun Gary Lim yang juga mengetuai biro undang-undang
bahagian.
Perkara tersebut walau bagaimanapun telah dinafikan apabila
kepimpinan bahagian parti mengadakan mesyuarat tergempar pada Jumaat dan
menjelaskan mereka tidak pernah memutuskan sebarang nama calon di
Pandan dan tidak menghantar nama Lim.
Banyak spekulasi sebelum ini mengatakan terdapat kemungkinan Ong
mungkin menyertai pembangkang memandangkan beliau kini semakin
terpinggir dari rakannya dalam MCA sejak beberapa tahun kebelakangan ini
tetapi beliau tidak pernah membuat sebarang pengesahan mengenai perkara
tersebut.
Apabila dihubungi The Malaysian Insider, Rafizi berkata situasi tersebut sememangnya sudah dijangkakan dan tidak mengejutkan.
Apabila ditanya sama ada PKR akan memberikan laluan kepada Ong untuk
bertanding atas tiket PR memandangkan personaliti tersebut dilihat
sebagai “calon boleh menang”, Rafizi berkata isu tersebut pernah
dibincangkan tetapi peringkat akar umbi menolak cadangan tersebut.
“Perkara ini ada dibincangkan dan dibangkitkan, tapi peringkat akar umbi menolaknya.
“Alasan yang diberikan ialah bagi mengelak episod lompat parti
Pilihan Raya 2008 berulang lagi, lagipun Ong Tee Keat ini cuba mengambil
kesempatan selepas namanya tiada sebagai calon di Pandan,” kata beliau
lagi.
Rafizi juga berkata tiada masalah untuk memberi laluan kepada Ong
bertanding dikawasan parlimen tersebut, tapi mengganggap ia suatu
perkara yang merugikan kerana jentera PR sudah semakin kukuh disitu dan
penerimaan masyarakat ke atas PKR sangat baik.
Walaupun berlaku kekeliruan tentang calon yang akan diletak BN di
kawasan Pandan, keputusan nampak lebih menyebelahi kepada Ong sebagai
calon yang mana disokong oleh beberapa pemimpin kanan Umno memandangkan
popularitinya dikalangan penduduk sekitar kawasan tersebut.
Nama Rafizi, 35, pada mencuri tumpuan umum ekoran beberapa pendedahan
kontroversi antaranya skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), serta
sering menjadi penceramah PR diseluruh negara.
Perbalahan antara Dr Chua dan Ong berlaku sejak episod perebutan jawatan Presiden MCA pada 2010.
Semenjak Dr Chua memegang tampuk kepimpinan MCA, Ong semakin
dipinggirkan dalam parti, dan sering diserang oleh penggantinya, yang
sejak itu tidak disukai di dalam parti.
Dalam Pilihan Raya 2008 lalu, Ong mempertahankan kerusi parlimen
Pandan dengan mengalahkan calon PKR, Syed Shahir Syed Mohamud dengan
majoriti 2,961 undi. Beliau memperolehi 25,236 undi berbanding lawannya
22,275 undi.
Kawasan Pandan adalah kerusi campuran yang mengandungi 55 peratus
bukan Melayu dengan pengundi di bawah umur 40 lebih separuh jumlahnya. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment