February 21, 2013
The Malaysian Insider difahamkan, perhentian terakhir
jelajah perdana menteri adalah kawasan parlimennya Pekan pada 16 Mac
dimana beliau dijangka akan bertemu dengan Yang Di Pertuan Agong selepas
itu untuk membubarkan parlimen.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kebiasaannya menetapkan tarikh
pilihan raya tiga minggu selepas parlimen dibubarkan, jadi kami jangka
paling awal adalah pertengahan April,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.
Terdapat spekulasi parlimen akan dibubarkan minggu ini dan PRU akan
diadakan pada akhir Mac, lebih lima tahun selepas PRU terdahulu pada 8
Mac, 2008.
Akan tetapi sumber BN menafikan spekulasi tersebut, mengatakan
satu-satunya acara berkaitan pilihan raya minggu ini adalah SPR akan
mengazetkan daftar pemilih terbaru esok.
SPR akan menetapkan tarikh pilihan raya dengan 10 hari tempoh
berkempen dan dijangka akan melakukannya selepas parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN) dibubarkan kecuali bagi DUN Sarawak. Sarawak telah
mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.
“PM mempunyai masa sehingga 28 April untuk mengadakan pilihan raya.
Beliau akan mengambil masa,” kata sumber tersebut, dengan menambah
pemimpin BN akan menyemak manifesto dan senarai calon dengan
berhati-hati untuk memastikan kombinasi kemenangan.
The Malaysian Insider, sebelum ini, melaporkan manifesto BN
akan siap pada akhir bulan ini dan aktivis dari parti komponen telah
mula bekerja di bawah.
The Star melaporkan semalam Najib mahu “segalanya
diselesaikan” pada akhir Mac, merujuk kepada manifesto, senarai calon
dan persediaan umum.
Akhbar berbahasa Inggeris milik MCA itu juga mengatakan Najib
menghadapi kesukaran untuk melantik calon Menteri Besar untuk Kedah dan
Selangor yang cuba dirampas semula BN.
“Tanpa nama calon MB yang dicadangkan sebelum pilihan raya, Najib
akan berdepan kesukaran untuk meyakinkan pengundi bahawa BN serius untuk
menawan kembali negeri itu,” kata satu sumber kepada The Star.
The Malaysian Insider difahamkan senarai menteri besar akan siap akhir bulan ini selepas Majlis Raja-raja bersidang pada 26 Febuari.
Beberapa menteri besar dijangka akan digugurkan atau dipindahkan ke
peringkat pusat bagi yang telah berkhidmat lebih dari tiga penggal di
negeri mereka.
“Najib serius dengan transformasi, tentang memperbaharui parti, jadi
perlu menukar menteri besar seperti mana Dr Mahathir lakukan pada 1982,”
kata orang kuat Umno kepada The Malaysian Insider merujuk
kepada rombakan pemimpin negeri dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad
selepas mendapatkan mandat sebagai perdana menteri pada Pilihan Raya
1982.
Di kalangan menteri besar atau ketua menteri yang mungkin perlu di
tukar adalah dari Johor, Melaka dan Pahang selain dari muka baru di
Kedah dan Selangor.
The Star turut melaporkan beberapa pemimpin BN mengatakan,
Najib mahu menggelakkan tarikh dari 29 Mac hingga 4 April untuk tarikh
pilihan raya.
Ini kerana, kata mereka, tarikh tersebut jatuh pada cuti Good Friday
pada 29 Mac dan Easter pada 31 Mac manakala Qing Ming pula pada 4 April.
Oleh kerana 4 April jatuh pada hari Khamis, kebanyakan masyarakat
Cina memilih untuk membersihkan kubur nenek moyang mereka sepanjang
hujung minggu iaitu 6 dan 7 April.
“Kebanyakan kaum Cina pulang ke kampung halaman dan pilihan raya pada
minggu tersebut mungkin tidak mendapat sambutan,” kata akhbar tersebut. TMI
No comments:
Post a Comment