Harakahdaily, | 10 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Tiada siapa pun patut ‘cemburu’ dengan dakwaan ‘rampasan kuasa’ terhadap Psy dan Gangnam Style, kata Lim Kit Siang.
“Malah, negara sepatutnya berterima kasih kepada Najib dan Psy,
kerana rakyat Malaysia sudah mula bertanya mengapa Malaysia gagal untuk
memenuhi potensi kita menjadi peneraju negara-negara global dalam semua
bidang usaha 56 tahun selepas merdeka,” kata Ketua Parlimen DAP itu
dalam satu kenyataan semalam.
Berikut kenyatan penuh beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pakatan Rakyat
cemburu dengan Barisan Nasional yang berjaya menjemput dahulu bintang
“Gangnam Style Korea” Psy kerana perkara itu menggagalkan rancangan
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menjemput Psy ke acara di bawah
nama Pakatan Rakyat.
Sama ada Najib begitu mudah tertipu untuk percaya desas-desus
sedemikian sedangkan DAP dan Pakatan Rakyat tidak mempunyai jutaan
ringgit untuk ditaburkan sepertimana yang UMNO/BN lakukan menjelang
Pilihan Raya Umum ke-13 yang akhirnya akan dibayar oleh pembayar cukai,
Perdana Menteri tidak sepatutnya menyangka semua rakyat Malaysia begitu
mudah tertipu dan percaya pada hikayatnya yang sukar dipercayai.
Mengimbau kembali hikayatnya yang sukar dipercayai pada ulangtahun
UMNO ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei, 2012, apabila
beliau membuat dakwaan tak masuk akal bahawa Bersih 3.0 “mahu
melawan…mahu menendang polis…jika tidak cerita mereka tidak akan keluar
di CNN, Al-Jazeera, BBC”. selepas menfitnah “duduk bantah” Bersih 3.0 di
Dataran Merdeka yang diadakan dua minggu sebelum ulangtahun UMNO
sebagai “cubaan rampasan kuasa oleh Oposisi untuk menggulingkan
kerajaan” dengan “garam dan botol air mineral”!
Pada ulangtahun ke-66 UMNO Najib mendakwa bahawa beliau sungguh
sukacita dengan sokongan dan “mood baik” yang ditunjukkan pada sambutan
itu hingga beliau bersedia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi
membubarkan Parlimen keesokan harinya.
Akan tetapi sembilan bulan kemudian, dan kurang sebulan lagi sebelum
ulang tahun kelima peristiwa bersejarah pilihan raya Malaysia – tsunami
politik 308 pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008 – Najib masih lagi
teragak-agak bila mahu adakan PRU13.
Tiada siapa pun patut “cemburu” dengan dakwaan “rampasan kuasa”
terhadap Psy dan Gangnam Style. Malah, negara sepatutnya berterima kasih
kepada Najib dan Psy, kerana rakyat Malaysia sudah mula bertanya
mengapa Malaysia gagal untuk memenuhi potensi kita menjadi peneraju
negara-negara global dalam semua bidang usaha 56 tahun selepas Merdeka
Di manakah Malaysia akan berada hari ini jika kita membangun seiring
dengan Korea Selatan, tanpa memintas atau dipintas oleh Korea Selatan
setengah abad lalu sejak Merdeka pada 1957, ketika Korea Selatan begitu
miskin dan mundur memandangkan ia hanya ada setengah daripada pendapatan
per kapita kita?
Dalam setengah abad dari 1960 hingga 2012, KDNK per kapita Korea
Selatan meningkat 148.5 kali gandar daripada US$155 ke US$23,021.
Bagaimanakah KDNK per kapita Malaysia pada 2012 sekiranya meningkat
148.5 kali ganda daripada US$299 pada tahun 1960 berbanding 35 kali
ganda yang berlaku sekarang?
Dengan peningkatan 148.5 kali ganda, KDNK per kapita Malaysia pada 2012 ialah US$44,401!
Menurut data International Monetary Fund, Malaysia dengan KDNK per
kapita US$44,401 pada 2012 akan menjadi negara 18 terkaya – di dalam
kumpulan terkemuka dunia ditemani negara-negara berikut:
International Monetary Fund (IMF) KDNK (nominal) per kapita
Tahun – 2012
Negara KDNK per kapita
1. Luxembourg 105,7202. Qatar 100,378
3. Norway 99,316
4. Switzerland 77,840
5. Australia 67,983
6. UAE 65,377
7. Denmark 55,448
8. Sweden 54,879
9. Kanada 50,826
10. Singapura 49,936
11. United States 49,802
12. Japan 46,896
13. Austria 46,330
14. Kuwait 46,142
15. Belanda 45,942
16. Finland 45,545
17. Ireland 44,781
18.
Dengan KDNK per kapita US$44,401 pada 2012, Malaysia bukan sahaja jauh mengatasi Korea Selatan yang cuma US$23,021, tetapi juga mengatasi Belgium, Jerman, Iceland, Perancis, Brunei, United Kingdom, New Zealand dan Hong Kong yang KDNK per kapita mereka pada 2012 seperti berikut:
Belgium 43,175
Jerman 41,168
Iceland 41,151
Perancis 40,690
Brunei 38,801
UK 38,591
New Zealand 37,401
Hong Kong 35,961
Selengkapnya
No comments:
Post a Comment