February 22, 2013
KOTA KINABALU, 22 Feb — Sindiket melibatkan bekas pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendapat RM11 juta hasil daripada
penjualan kad pengenalan (IC) kepada pendatang haram di Sabah,
Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) diberitahu hari ini.
Pegawai Polis Kanan Cawangan Khas (SB) Ahmad Fauzan Mohamad juga
berkata hari ini tiada seorang pun daripada 94 orang yang ditahan di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sepanjang 1995-2001 kerana
penglibatan mereka dalam sindiket, didakwa di mahkamah.
“Dianggarkan lebih kurang RM11 juta dikumpulkan hasil dari tindakan ini,” kata Ahmad Fauzan semasa RCI di sini hari ini.
Ahmad Fauzan, yang bertugas di jabatan polis bahagian keselamatan,
sindiket dan penyeludupan manusia di Kuala Lumpur juga menegaskan
sindiket itu hanya didorong oleh keuntungan kewangan, dan bukan atas
sebab-sebab politik.
“Saya tidak ada sebab untuk melihat motif lain kerana keuntungan kewangan sudah ada,” katanya.
No comments:
Post a Comment