23 Feb 2013
SUMBER
Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik
sejak 21 tahun lalu dengan sebahagian besar masanya hanya terlantar di
katil.Menurut media semalam, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung
di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal.Hong, 37,
kini dijaga ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing,
Jiangsu, timur China.
Disebabkan terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong mempunyai
parut yang dalam.Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental
ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal
bercinta.“Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu
bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah,” katanya.
Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah
kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka
berpisah.“Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di
hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya,” katanya.
Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan. “Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya sendiri,” katanya.Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan tetap menjadi kekangan kepada mereka.“Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya,” katanya.

No comments:
Post a Comment