London: Dua pekerja sebuah syarikat pengurusan mayat dipecat
sementara siasatan dilancarkan untuk memastikan punca dua mayat bertukar
hingga menyebabkan kesilapan membakar mayat berkenaan.
Kesan kesilapan itu menyebabkan anggota keluarga yang mempercayai
mereka mengadakan penghormatan terakhir sebenarnya mengadakannya untuk
orang yang mereka langsung tidak kenal.
Keranda yang dipercayai mengandungi orang yang mereka sayang berisi mayat orang lain.
Kesilapan itu hanya diketahui selepas upacara pembakaran mayat yang
diadakan di Gateshead apabila satu keluarga lain terpaksa mengadakan
upacara serupa dengan keranda kosong kerana mayat anggota keluarga
mereka sudah dibakar pada majlis terdahulu. - Agensi
No comments:
Post a Comment