(Oleh: Aliff Fikri)
SHAH ALAM 2 Feb: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail menerima Anugerah Khas ‘Sayyidatina Khadijah’ pada Himpunan
Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) hari ini.
Anugerah berkenaan diberikan atas keberanian beliau menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan.
Ia disempurnakan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr
Siddiq Fadzil bertempat di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).
ABIM turut memberi Anugerah Khas ‘Sayyidatina Aishah’ kepada mantan
pensyarah Jabatan Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mantan
Ketua Helwa ABIM, tokoh aktivis, sains dan dakwah iaitu Allahyarhamah
Profesor Dr Khadijah Salleh.
Himpunan dengan tema ‘Kesatuan Fikrah, Kesatuan Matlamat’ turut
dimeriahkan dengan nasyid Asmaul Husna dan nyanyian lagu rasmi ABIM.
Juara Akademi Al-Quran musim ke 4 terbitan TV9, Ahmad Tarmizi Ali
turut menyerikan majlis dengan bacaan Surah At-Tahrim di depan lebih 500
hadirin.
Turut
hadir Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib
Presiden KEADILAN, Nurul Izzah, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhd Nur
Manuty, Pengarah Biro Latihan KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub dan pimpinan
lain.
Sebelum ini, pada 12 Julai 2008, Wan Azizah dikurniakan darjah
kebesaran Pulau Pinang iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang
membawa gelaran Datuk Seri sempena ulangtahun Yang Dipertuan Negeri, Tun
Abdul Rahman Abbas.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment