KERENGGA
Blog syed-othman.blogspot.com
Majlis
makan malam untuk kutipan Dana PRU13 DAP Johor jaya telah diadakan di
restaurant Cathay taman molek semalam.Majlis yang dihadiri oleh
kepimpinan tertinggi pusat parti itu diserikan lagi dengan kehadiran
pengerusi Dap pusat lim kit siang mendapat sambutan yang amat
memberangsangkan daripada masyarakat cina.
Setiap
ruang dan sudut di dewan makan yang boleh memuatkan seribu orang hadiri
dipenuhi dengan penyokong dap maupun pakatan rakyat hingga terpaksa meja
dibuka diruang legar restaurant.Ramai anak-anak muda masyarakat cina
hingga ke wargaemas kelihatan menghadiri majlis yang dianjurkan ini.
Nyata
mood masyarakat cina terutama di Johor jaya dan pasir gudang amnya,
ingin melihat perubahan langskap pemerintahan kepada yang lebih baik
dan terjamin.Menarik pada majlis semalam apabila sekumpulan kepimpinan
MCA pasir gudang telah mengisytiharkan keluar parti untuk memberi
sokongan kepada DAP dan pakatan rakyat.Mereka juga telah ditemuramah
oleh pihak media akhbar bebahasa cina dalam majlis tersebut.
Pas yang
diwakili oleh bakal calon dun permas Tuan syed Othman turut berceramah
dalam majlis tersebut selain pimpinan Pkr Steven chong dan kepimpinan
Dap yang lain.
Senario
dari sambuatan majlis yang diadakan itu,boleh dirumuskan dengan jelas
menunjukkan masyarakat cina sudah menolak UMNO BN dan inginkan perubahan
dengan menyokong bakal kerajaan baru dari pakatan rakyat.
Salah
seorang pemimpin MCA yang mengisytiharkan keluar parti memberitahu
penulis sebelum berakhirnya majis bahawa pakatan rakyat harus berusaha
untuk menang bagi menyelamatkan Malaysia dari kerajaan UMNO BN yang
korup.
abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
No comments:
Post a Comment